Perkhidmatan Katering
Kami menyediakan pusat setempat untuk keperluan anda menunaikan ibadah seperti aqiqah, qurban, perkahwinan, acara korporat serta majlis lain. Anda boleh memilih samada hanya memerlukan kami memasak kambing sahaja ataupun set lengkap masakan lain meliputi pelbagai menu nasi, ayam, daging, salad, buah-buahan, minuman serta kuih muih berdasarkan budget dan keperluan majlis anda. Selain itu kami menyediakan pakej lengkap khidmat katering meliputi penyediaan masakan, logistik, canopy, kerusi, meja, pinggan mangkuk beserta peralatan lain untuk majlis anda dengan kos yang kompetitif dan layanan mesra serta jujur.
Mahir Dalam Masakan Kambing & Menu Popular Lain
Kami
berpengalaman dalam masakan kambing berdasarkan resepi turun temurun. Resepi
yang sama telah dimasak sejak generasi yang lalu membolehkan kami menyediakan
anda menu masakan kambing yang lazat dengan aroma memikat. Tiada rungutan dari
pelanggan kami tentang persepksi bau hamis kambing, daging yang liat atau
sebagainya kerana kami mempraktikan cara yang betul, tradisional mahupun moden
dari sembelihan hingga penyediakan masakan dan penyimpanan.
Pakej Katering Aqiqah
Kebiasaannya untuk majlis kenduri aqiqah pelanggan kami memilih menu seperti berikut berdasarkan populariti masakan, boleh dijamah oleh segenap peringkat umur ataupun masyarakat:
Pakej Puteri - 100 pax
Pakej Katering Aqiqah
Kebiasaannya untuk majlis kenduri aqiqah pelanggan kami memilih menu seperti berikut berdasarkan populariti masakan, boleh dijamah oleh segenap peringkat umur ataupun masyarakat:
Pakej Puteri - 100 pax
- Pilihan Masakan Seekor Kambing
- Nasi Putih|Minyak|Merah|Briyani
- Dalca Campur ATAU Jelatah
- Pilihan Masakan Ayam @ Goreng Berempah
- Minuman Sejuk & Panas
- Kuih 2 Jenis & Buah Tembikai
Optional Add-on: Canopy & Daging Masak Hitam | Pilihan Menu Kambing & Ayam Dibawah
Pakej Putera - 200 pax
- Pilihan Masakan 2 Ekor Kambing
- Nasi Putih|Minyak|Merah|Briyani
- Dalca Campur ATAU Jelatah
- Pilihan Masakan Ayam @ Goreng Berempah
- Minuman Sejuk & Panas
- Kuih 2 Jenis & Buah Tembikai
Menu Masakan Kambing
Menjadi tradisi di negara kita, menu masakan kambing akan dimakan dengan nasi ataupun roti sebagaimana dipraktikan di sesetengah negara. Secara ringkasnya disenaraikan menu yang boleh anda pilih untuk hidangan majlis istimewa anda:
Kambing Massala |Keema Kambing |Kuzi Kambing |Rendang Kambing |Bamia Kambing
Briyani Kambing
Side Dish
Nasi
Nasi Arab Kabsa |Nasi Hujan Panas
Menu Kegemaran Malaysia
Bagi menyediakan alternatif kepada masakan kambing dalam menu majlis anda, kami juga menawarkan hidangan berdasarkan daging ayam, daging lembu ataupun makanan laut seperti ikan. Senarai dibawah adalah menu popular yang biasa ditempah pelanggan kami: