Our Humble Beginnings

Penternakan Kambing, Bebiri Serta Kibas


Kami terlibat dalam sektor penternakan kambing semenjak tahun 2006 dengan hanya berbekalkan sekitar 20 induk dan 2 pejantan baka Boer, Anglo, Jamnapari, Sanean dan Katjang. Bertapak dari situ setelah jatuh bangun, onak ranjau ditempuhi, kuantiti kambing kami bertambah melebihi 150 ekor. Kami mempunyai pelbagai jenis kambing seperti yang disebut di atas dalam peringkat umur berbeza samada pure ataupun cross breed untuk dibuat baka ataupun bagi consumption  (daging dan susu). Kaedah semi-intensif dipraktikkan dimana sebahagian besar masa kambing berada di atas kandang dan hanya dilepaskan pada masa tertentu terutamanya disebelah petang untuk merangut secara bebas di kawasan yang disediakan.
                                                                                                  Kandang Kambing 

Kambing-kambing kami makan dan membesar dengan rumput napier, rumput gajah, rumput-rumput kampung yang tumbuh menjalar berserta pokok dedaun. Selain itu palet kambing juga diberikan beserta dengan PKE dan garam jilat. Kami tidak mengamalkan penggunaan penggalak tumbesaran atau antibiotik dalam menu atau diet harian kambing. Kambing yang sakit akan diasingkan dan diubati, begitu juga dengan kambing yang diperingkat akhir kehamilan dan dibulan pertama penyusuan.



                                                  Induk Anglo Bersama Anaknya Sedang Makan


Selain itu khidmat Jabatan Veterina Daerah juga diperolehi dari masa ke semasa untuk sessi rundingan dan juga bagi tujuan perubatan kambing.
                         

  Anak Kambing Boer Cross Sedang Menjamah Rumput Napier.


Pembiakan Baka Kambing 


Pada masa ini kami hanya menumpukan kepada tiga jenis baka utama sahaja dalam pengeluaran baka-baka kambing iaitu baka BOER, SANEAN dan Anglo. Selain itu kami juga membuat pembiakan kacukan diantara baka-baka tersebut bagi mendapatkan baka kacukan yang bermutu tinggi. Hasil pembiakan dan baka-baka yang dihasilkan diharap akan dapat meningkatkan genetik kambing. Bagaimanapun baka-baka tersebut hanya cukup untuk penggantian kepada yang sediada dan selebihnya untuk jualan secara kecil-kecilan. Kami belum berada ditahap dimana pengeluaran baka cukup untuk jualan secara berterusan dan dalam kuantiti yang banyak.



Baka Kacukan Anglo dan Boer

 

Jual Beli atau Trading


Bagi memenuhi permintaan yang menggalakan untuk Aqiqah, Qurban dan juga katering untuk majlis kenduri  kami juga membeli kambing daripada penternak lain terutamanya dimusim-musim tertentu seperti pada masa musim perayaan dan cuti sekolah. Penternak yang berminat untuk menjual ternakan kambing mereka boleh menghubungi pihak kami bagi urusan jual beli.


Perkhidmatan Sembelihan, Lapah, Potong Dan Penghantaran


Kami menyediakan perkhidmatan sembelihan, melapah dan membuat potongan dalam saiz yang bersesuaian kepada pembeli dan pemborong kambing dengan cas serendah RM30 seekor. Penghantaran segera selepas sembelihan juga ditawarkan untuk kawasan utara Semenanjung Malaysia dengan bayaran yang berpatutan.