How to Purchase

Sila gunakan ikon Add to Cart  untuk membuat pembelian dan seterusnya anda akan dibawa ke laman web Paypal untuk tindakan susulan jika anda memilih untuk membeli dengan menggunakan kad kredit atau kad debit  menerusi Paypal Secured Website

Bagi yang ingin menggunakan kemudahan online transfer, pemindahan duit melalui auto teller machine (ATM) atau kemudahan cash deposit machine (CDM)  di bank bank tempatan, sila hubungi pihak kami untuk tindakan seterusnya. Sebagai langkah keselamatan dan juga melindungi transaksi anda, juga pihak kami, numbor akaun tidak akan didedahkan secara langsung disini. Anda juga boleh datang berurusan dengan pihak kami secara langsung jika berada di lokasi berhampiran.


Menu Masakan Berkuah Kambing Aqiqah

Kami menawarkan menu masakan berkuah kambing seperti dibawah untuk majlis aqiqah anda dengan pilihan samada menggunakan kambing gred aqiqah bersaiz standard (berat hidup sekitar 30kg) atau saiz super (berat hidup sekitar 40kg). Harga bagi menu masakan aqiqah kambing bersaiz standard ialah RM950 manakala bagi menu masakan bagi kambing bersaiz super adalah RM1200, harga menu termasuk kos memasak dan nilai seekor kambing gred aqiqah bagi saiz yang dipilih.
  • Masak Briyani 
  • Masak Rogan Josh 
  • Masak Kurma 
  • Masak Kuzi 
  • Masak Hitam 
  • Masak Merah 
  • Masak Kismis 
  • Masak Kari 
Sila teruskan dengan pilihan pakej dibawah untuk pembelian melalui kad kredit melalui Paypal:

Menu Kambing Saiz Standard

Menu Kambing Saiz Super


Kambing Panggang & Nasi Arab

Memperkenalkan tawaran terkini daripada kami, hidangan unik dan istimewa ini merupakan pakej kambing panggang yang disertakan dengan set nasi arab. Anda boleh memilih samada pakej Qoozi atau Kabsa, pakej Qoozi adalah kambing panggang dan set nasi arab Mendy yang disertakan dengan salad dan raita ataupun dalca. Ia sesuai untuk hidangan sehingga 70 orang jemputan manakala Qoozi Maharaja yang merupakan set nasi Mendy dan 2 ekor kambing panggang boleh memenuhi selera 150 orang jemputan. 

Selain rasa, perbezaan utama antara Qoozi nasi mendy dan nasi kabsa ialah kambing kabsa akan dipotong kecil terus menjadi ketulan sementara Qoozi nasi mendy yang akan dihidangkan adalah kambing panggang yang masih lagi dalam bentuk carcass seekor. Nasi kabsa kami akan disertakan sekali salad serta daqqus ataupun dikenali juga sahawiq iaitu tomato segar yang dikisar menjadi sos. Kedua dua hidangan tradisi berasal dari Timur Tengah ini sesuai untuk majlis aqiqah (selain pakej Qoozi & Kabsa Ihtifal), hidangan pengantin dan juga untuk majlis santapan resmi, pertunangan dan majlis korperat.


Qoozi Ihtifal

Sila teruskan dengan pilihan pakej dibawah untuk pembelian melalui kad kredit melalui Paypal:

Qoozi & Kabsa Ihtifal

Qoozi & Kabsa Aqiqah

Qoozi & Kabsa Maharaja ( Aqiqah)

Kambing Panggang

Kambing Panggang Pakej Kenduri Hanya RM1000

Memperkenalkan tawaran terkini daripada kami, pakej terkini kambing panggang hanya serendah RM1000 dengan mengekalkan ramuan rempah-ratus istimewa terpilih yang diperap dengan kambing semalaman dan termasuk side dishes sedia ada. Pakej Kenduri kami menawarkan kepada anda:
  • Seekor kambing frozen Australia/New Zealand dengan berat carcass sekitar 16kg-20kg atau seekor bebiri frozen Australia/New Zealand dengan berat carcass sekitar 19kg-25kg.
  • 2 Jenis Sos
  • Coslo Pasta Salad
  • Mashed Potatoes
  • Special add-on : Garlic Bread & Mushroom Soup (Harga Berasingan)
Bagi membantu semua lapisan masyarakat menikmati keenakan kambing panggang berempah kami, pakej kenduri ini menggunakan kambing sejuk-beku atau frozen lamb/mutton. Pun begitu dengan bantuan rempah ratus rahsia terpilih, kami mampu menawarkan kepada anda rasa enak kambing panggang berempah seperti yang terdapat pada pakej-pakej kami yang lain.

Sila teruskan dengan pilihan pakej dibawah untuk pembelian melalui kad kredit melalui Paypal:
* Pakej ini adalah secara self-service dan tidak disertakan dengan khidmat pekerja dan juga buffet services. Anda perlu hiris/slice nipis dan grille kembali sebelum dimakan.

Pakej Kambing Panggang Value for Money-15% OFF


Pakej ini menawarkan anda kambing panggang/golek sedia dimakan dan dibungkus segar dan panas dengan rasa yang sedap dan memikat secara "self-service" dimana:
  • Kambing Panggang/Kambing Golek - (Boleh Aqiqah)
  • 2 Jenis Sos 
  • Coleslaw Pasta Salad
  • Mashed Potatoes
  • Special add-on : Garlic Bread & Mushroom Soup (Harga Berasingan)
Akan dihantar terus ketempat anda, dengan itu anda akan dapat menikmati pakej-pakej kami sebelum ini (Pakej Standard, Pakej Super dan Pakej Maharaja) dengan potongan harga 15%.
  • Pakej Standard Value for Money - RM1100
  • Pakej Super Value for Money - RM1400
  • Pakej Maharaja Value for Money - RM2500
Sila teruskan dengan pilihan pakej dibawah untuk pembelian melalui kad kredit melalui Paypal:



* Pakej value for money ini merupakan pakej self-service dan tidak disertakan dengan khimat pekerja dan buffet services. Anda perlu hiris/slice nipis dan grille kembali sebelum dimakan.

 

Pakej Kambing Panggang Full Service


Pakej ini menawarkan anda kambing panggang/golek berempah istimewa  yang diperap semalaman, segar dan panas dengan rasa yang sedap dan memikat secara "full-service" dimana anda akan memperolehi kambing panggang berserta 2 sos, garlic bread atau mashed potatoes, coslo, 2 orang staff untuk panggang, grill dan slice daging panggang, plate makanan, spoon, folk, bag sampah, tissue dan site cleaning selepas selesai majlis.

Kambing Panggang Kenduri- RM 1200
  • Seekor kambing frozen Australia/New Zealand dengan berat carcass sekitar 15kg-18kg atau seekor bebiri frozen Australia/New Zealand dengan berat carcass sekitar 19kg-25kg
  • 2 Jenis Sos
  • Coleslaw Pasta Salad
  • Mashed Potatoes
  • 2 Orang Staff Untuk Panggang/Grill/Slice
  • Special add-on : Garlic Bread & Mushroom Soup (Harga Berasingan)

Pakej ini untuk jangkaan kurang dari 150 orang tetamu yang menikmati hidangan kambing panggang kami disamping terdapat menu utama yang lain.

Kambing Panggang Standard- RM 1300 (Boleh Aqiqah)
  • Seekor Kambing atau Bebiri dengan berat sekitar sehingga 33kg
  • 2 Jenis Sos
  • Coleslaw Pasta Salad
  • Mashed Potatoes
  • 2 Orang Staff Untuk Panggang/Grill/Slice
  • Special add-on : Garlic Bread & Mushroom Soup (Harga Berasingan)
Pakej ini untuk jangkaan kurang dari 80 orang tetamu yang menikmati hidangan kambing panggang kami disamping terdapat menu utama yang lain.

Kambing Panggang Super - RM 1600 (Boleh Aqiqah)
  • Seekor Kambing atau Bebiri dengan berat sekitar sehingga 43kg
  • 2 Jenis Sos
  • Coleslaw Pasta Salad
  • Mashed Potatoes
  • 2 Orang Staff Untuk Panggang/Grill/Slice
  • Special add-on : Garlic Bread & Mushroom Soup (Harga Berasingan)
Pakej ini untuk jangkaan kurang dari 130 orang tetamu yang menikmati hidangan kambing panggang kami disamping terdapat menu utama yang lain.

Kambing Panggang Maharaja - RM 2800 (Boleh Aqiqah)
  • Seekor Kambing atau Bebiri dengan berat sekitar 60kg - 70kg atau 2 ekor Kambing atau Bebiri sehingga berat sekitar 40kg - 45kg. 
  • 2 Jenis Sos
  • Coleslaw Pasta Salad
  • Mashed Potatoes
  • 2 Orang Staff Untuk Panggang/Grill/Slice
  • Special add-on : Garlic Bread & Mushroom Soup (Harga Berasingan)
Pakej ini untuk jangkaan kurang dari 300 orang tetamu yang menikmati hidangan kambing panggang kami disamping terdapat menu utama yang lain.

Sila teruskan dengan pilihan pakej dibawah untuk pembelian melalui kad kredit melalui Paypal.

Pakej


Live Stock

Anda boleh berurusan dengan pihak kami secara maya, bagaimanapun untuk kepuasan, anda digalakkan berkunjung ke ladang kami jika ada masa terluang.  Kami akan memastikan pembelian anda dan sebarang urusniaga yang berlaku (secara maya ataupun face to face) diuruskan secara jujur dan beretika. Kami tidak bercadang berada dipasaran untuk seketika, justeru kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

 

Kambing & Bebiri Gred Aqiqah/Qurban/Nazar

  Kambing/Bebiri Jantan

  • Melepasi syarat yang digariskan hukum Syarak bagi ibadat Aqiqah dan Qurban iaitu cukup umur 2 tahun untuk kambing dan 1.5 tahun untuk bebiri/kibas, tiada cacat anggota dan sihat tubuh badan.
  • Baka yang biasa terdapat ialah kampung kacuk, Boer, Jamnapari, Jawa Putih/Rundu, Ferrel, Anglo Kacuk, Sanean Kacuk, Dopper, Damara, Morino dan Long Tail.
  • Kambing dijual dengan kadar RM25 per kilogram anggaran timbang hidup.
  • Pada kebiasaannya kambing dikelaskan mengikut saiz standard (25kg - 30kg), besar (30kg - 40kg) dan super-size besar (> 40kg)
  • Anggaran harga adalah bermula dari RM700 untuk bersaiz standard, RM900 untuk kambing bersaiz besar dan sekitar RM1500 untuk kambing super-saiz besar.
  • Kos sembelihan adalah percuma manakala kos melapah adalah RM30 seekor dan kos melapah serta potong kecil adalah pada kadar RM50 seekor.
  • Pakej untuk memasak ialah RM250 bagi seekor kambing. Ia meliputi semua kos termasuk bahan mentah, bahan api dan sebagainya. 

Kambing/Bebiri Betina

  • Melepasi syarat yang digariskan hukum Syarak bagi ibadat Aqiqah dan Qurban iaitu cukup umur 2 tahun untuk kambing dan 1.5 tahun untuk bebiri/kibas, tiada cacat anggota dan sihat tubuh badan.
  • Baka yang biasa terdapat ialah kampung kacuk, Boer, Jamnapari, Jawa Putih/Rundu, Ferrel, Anglo Kacuk, Sanean Kacuk, Dopper, Damara, Morino dan Long Tail.
  • Kambing dijual dengan kadar RM23 per kilogram anggaran timbang hidup.
  • Pada kebiasaannya kambing dikelaskan mengikut saiz standard (25kg - 30kg), sederhana (30kg - 40kg) dan besar (> 40kg)
  • Anggaran harga adalah bermula dari RM600 untuk bersaiz standard, RM800 untuk kambing bersaiz sederhana dan sekitar RM1300 untuk kambing super-saiz besar.
  • Kos sembelihan adalah percuma manakala kos melapah adalah RM30 seekor dan kos melapah serta potong kecil adalah pada kadar RM50 seekor.
  • Pakej untuk memasak ialah RM250 bagi seekor kambing. Ia meliputi semua kos termasuk bahan mentah, bahan api dan sebagainya. 
     

Kambing & Bebiri Sembelihan Bukan Gred Aqiqah/Qurban/Nazar

Kambing/Bebiri Jantan

  • Tidak melepasi syarat cukup umur 2 tahun untuk kambing dan 1.5 tahun untuk bebiri/kibas, tiada cacat anggota dan sihat tubuh badan.
  • Baka yang biasa terdapat ialah kampung kacuk, Boer, Jamnapari, Jawa Putih/Rundu, Ferrel, Anglo Kacuk, Sanean Kacuk, Dopper, Damara, Morino dan Long Tail.
  • Kambing dijual dengan kadar RM21 per kilogram anggaran timbang hidup.
  • Pada kebiasaannya kambing dikelaskan mengikut saiz standard (25kg - 30kg), besar (30kg - 40kg) dan super-size besar (> 40kg)
  • Anggaran harga adalah bermula dari RM600 untuk bersaiz standard, RM750 untuk kambing bersaiz sederhana dan sekitar RM1000 untuk kambing super-saiz besar.
  • Kos sembelihan adalah percuma manakala kos melapah adalah RM30 seekor dan kos melapah serta potong kecil adalah pada kadar RM50 seekor.
  • Pakej untuk memasak ialah RM250 bagi seekor kambing. Ia meliputi semua kos termasuk bahan mentah, bahan api dan sebagainya.  
Kambing/Bebiri Betina

  • Tidak melepasi syarat cukup umur 2 tahun untuk kambing dan 1.5 tahun untuk bebiri/kibas, tiada cacat anggota dan sihat tubuh badan.
  • Baka yang biasa terdapat ialah kampung kacuk, Boer, Jamnapari, Jawa Putih/Rundu, Ferrel, Anglo Kacuk, Sanean Kacuk, Dopper, Damara, Morino dan Long Tail.
  •  Kambing dijual dengan kadar RM19 per kilogram anggaran timbang hidup.
  • Pada kebiasaanya kambing dikelaskan mengikut saiz standard (25kg - 30kg), sederhana (30kg - 40kg) dan besar (> 40kg).
  • Anggaran harga adalah bermula dari RM500 untuk bersaiz kecil, RM700 untuk kambing bersaiz besar dan sekitar RM950 untuk kambing super-saiz besar.
  • Kos sembelihan adalah percuma manakala kos melapah adalah RM30 seekor dan kos melapah serta potong kecil adalah pada kadar RM50 seekor.
  • Pakej untuk memasak ialah RM250 bagi seekor kambing. Ia meliputi semua kos termasuk bahan mentah, bahan api dan sebagainya. 

Sebarang pembelian untuk baka kambing samada dewasa atau anak hanya dijalankan secara hadir dan face to face, anak kambing dibawah 5 bulan dan kambing yang tidak sihat tidak akan dijual. Selain itu kami juga menjual tinja kambing untuk dijadikan baja, sila hubungi untuk keterangan lanjut.



No comments: