Event Management

Perancangan & Pengurusan Majlis 



Majlis Resepsi Perkahwinan

Perancangan majlis selalunya dimulakan dengan analisis teliti mengenai keperluan-keperluan yang dikehendaki seperti budget, target audience atau market dan pilihan yang ada untuk menjayakan majlis. Dua perkara utama yang kami dititik beratkan ialah mengoptimakan keseimbangan antara resources dan total kos untuk memenuhi tuntutan anda dengan sebaik mungkin.

Kami menawarkan perancangan dan sokongan terus kepada pelanggan kami dan dalam kebiasaannya anda hanya perlu memberitahu apa yang anda mahukan untuk majlis anda dan dimana, selebihnya kami akan mengatur dan menguruskan demi kelancaran aturcara majlis anda.

Sokongan Peralatan

Kami menawarkan sokongan peralatan kepada anda berupa peralatan seperti khemah atau canopy, kerusi, meja, pinggan mangkuk serta set hidangan merupakan perkara asas dalam satu satu majlis dan kami menawarkan kepada anda berserta dengan tenaga kerja dengan kos yang berpatutan.



Canopy Arabian High-Top

Sokongan Logistik

Pelanggan kami akan menikmati sokongan logistik yang tepat pada masanya sepanjang aturcara majlis berjalan, juadah akan dimasak difasiliti kami dan akan dibawa ke venue pelanggan pada masa yang sesuai bagi memula dan memudahkan majlis anda.


Parti Tahun Baru 


Program Setengah Hari



Biasanya majlis akan mengambil masa kurang dari 3 jam dan persiapan/penutupan secara keseluruhannya di dalam lingkungan 5 hingga 6 jam. Ia dan boleh dijalankan samada disebelah pagi, petang ataupun malam. Kebiasaannya program ini melibatkan majlis-majlis seperti majlis pertunangan,  kenduri aqiqah, majlis kesyukuran, majlis perasmian, mensyuarat, perjumpaan, bacaan yaasin ataupun ceramah/sessi pembelajaran agama.



Majlis Resepsi Perkahwinan

Program Sehari


Program ini pada kebiasaannya mengambil masa kurang dari 6 jam dan persiapan/penutupan secara keseluruhannya di dalam lingkungan 8 hingga 9 jam pada hari majlis diadakan. Program ini meliputi majlis resepsi perkahwinan, trade ataupun road show, carnival, sukaneka, family day ataupun training/seminar.


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang program ini sila hubungi atau email ke nutrisidaman@gmail.com.