Saturday 6 January 2018

Kabsa Kambing & Ayam: Hidangan Tradisional Semenanjung Tanah Arab

As Salam & Selamat Sejahtera,

Alhamdu'lilah, kami mendapat sambutan yang menggalakan selepas memperkenalkan hidangan Qoozi iaitu nasi mendy dengan kambing panggang. Dimana hidangan ini disertakan sekali bersama raita ataupun dalca. Seperti yang dicadangkan, menu ini sesuai untuk majlis aqiqah serta hidangan pengantin ataupun menu utama majlis korporat.

Kini kami ingin menambah keperbagaian ataupun varieties menu khas untuk pilihan pelanggan setia serta pelanggan baru kami yang inginkan kelainan dalam menu majlis mereka. Kami dengan rendah diri ingin memperkenalkan anda hidangan nasi kabsa iaitu hidangan tradisi dari Semenanjung Tanah Arab. Seperti Qoozi dengan nasi mendy,  menu kabsa ini sesuai untuk majlis aqiqah, hidangan pengantin dan rombongan, juga untuk majlis santapan resmi dan majlis korperat.



Kabsa Kambing

Anda boleh memilih kabsa kambing (lamb kabsa) ataupun kabsa ayam (chicken kabsa) untuk hidangan anda. Bagaimanapun bagi majlis aqiqah hanya kabsa kambing sahaja yang boleh dihidangkan kerana ayam tidak termasuk binatang yang boleh dibuat sembelihan aqiqah. Nasi kabsa kami akan disertakan sekali salad serta daqqus ataupun dikenali juga sahawiq iaitu tomato segar yang dikisar menjadi sos.



Kabsa Ayam

Selain rasa, perbezaan utama antara Qoozi nasi mendy dan nasi kabsa (jika anda memilih kabsa kambing) ialah kambing kabsa akan dipotong kecil terus menjadi ketulan sementara Qoozi nasi mendy kami kambing yang akan dihidangkan adalah kambing panggang yang masih lagi dalam bentuk carcass seekor.

Anda bebas memilih menu tambahan seperti ayam goreng berempah ataupun daging masak hitam untuk dimakan bersama mendy ataupun kabsa kami.

Tempahlah sekarang !!!!






No comments: