Tuesday, 15 October 2024

Aqiqah Bagi Diri Sendiri

 Assalamulaikum,

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, isteri-isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat serta yang mengikuti ajaran baginda sehingga Kiamat.

Hukum aqiqah adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan. Asal pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)


Para ulama Syafieyyah berpendapat bahawa aqiqah dituntut ke atas al-asl (ayah dan datuk) kerana dia wajib menafkahi bayi itu dan bayi dianggap faqir. Aqiqah hendaklah ditunaikan bukan menggunakan harta anaknya sebaliknya menggunakan hartanya sendiri. Namun apabila anak itu baligh sebelum sempat diaqiqahkan maka sunat bagi anak tersebut untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri. Ini berdasarkan kepada  Mughni al-Muhtaj (6/139) oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah.

Justeru, sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diaqiqahkan untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya. Jika dia tidak mampu, maka tiada masalah dan tiada kehinaan terhadap perkara itu kerana Syariat tidak memberatkan seseorang atas suatu yang dia tidak mampu.

Penjelasan diatas berdasarkan AL-KAFI #633: Hukum Aqiqah Bagi Diri Sendiri terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 19 Jun 2017. 

Kami yang fakir ilmu tidak mampu mengulas dan menjawab sendiri persolan diatas.






Saturday, 23 March 2024

Ramadhan Bulan Ibadah & Maqrifah

 Assalamualaikum,

Selamat menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini, 1445H bersamaan 2024M. Moga puasa dan semua amal ibadah kita diterima Allah dan diberikan ganjaran sebaiknya, Ameen.

Cuaca panas membara yang melanda kita pada bulan puasa tahun ini sebenarnya adalah peringatan Allah kepada kita agar selalu mencegah laranganNYA, memohon keampunan bagi dosa-dosa kita dan kembali kepada fitrah kita sebagai hamba yang selalu mendambakan ehsan dan rahmatNYA.

Rebutlah peluang sebaik mungkin dibulan ini mengerjakan ibadah sebagai bekalan kita kelak untuk kehidupan di negeri akhirat yang abadi. Carilah malam Al Qodar sebagai  hadiah Tuhan Rabbul Jalil untuk kita menjadi jutawan akhirat. Itulah hadiah istimewa kepada ummat Nabi Muhammad yang tidak diberikan kepada umat umat yang terdahulu.


Ramadhan Mubarak | Ramadhan Kareem.




Wednesday, 3 May 2023

Eid Mubarak 1444H | Selamat Hari Raya Idul Fitri 2023

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Di kesempatam ini kami ingin mengucapkan  Selamat Hari Raya Idul Fitri, Maaf Zahir Batin. Semoga Allah menerima puasa dan juga ibadah-ibadah kita yang lain di Ramadhan yang lalu. Ameen Ya Raab.

Sepanjang Syawal yang mulia ini, kami masih membuka tempahan bagi semua pilihan menu yang ditawarkan untuk rumah terbuka anda samada majlis anjuran perseorangan, petubuhan ataupun korporat. Setelah 3 tahun beraya dalam kekangan wabak  Covid - 19, tahun ini pasti meriah tanpa sekatan sosial berkaitan bagi meneruskan tradisi rumah terbuka yang merupakan sebahagian adat resam kita.

Pengalaman kami lebih sepuluh tahun pasti banyak membantu memudahkan urusan anda, Tempahlah sekarang !!!! 





Wednesday, 12 April 2023

Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem 1444 Hijrah.

 Assalamu'alaikum,

Pihak kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan 1444H dan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat dengan harapan moga kita beroleh pahala, keampunan dan magrifahNYA,  Ameen.

Pastinya ramai antara kita berkehendakan malam 1000 bulan sebagai hadiah istimewa Ramadhan tahun ini, Lailatul Qadar merupakan pemberian amat berharga kepada insan terpilih dari Tuhan Rabbul Jalil kepada hambaNYA yang dikasihini. Lailatul Qadar bukan hanya dianugerahkan kepada penggiat ibadah diatas sajadah atau karpet mesjid atau surau tetapi kepada sesiapa saja yang dikehendakiNYA, sipencari rezeki yang bekerja hingga larut malam dimana sahaja hingga kepada suri rumah yang ikhlas menguruskan rumah tangganya. Lailatul Qadar merupakan ikhsan Allah kepada hambaNYA  yang ikhlas, redho dan bertawakkal penuh yang berserah jiwa raga kepada Ar Rabb, Tuhan pencipta alam. Teruslah bekerja dan berbuat baik sekiranya itu saja tali penyambung urusan kehidupan.

Mohon kemaafan dari jika terdapat kesalahan dimasa lalu sepanjang berurusan dengan pihak kami. Moga kita beroleh anugerah terbilang ini dari pencipta kita di Ramadhan ini.




Monday, 5 September 2022

Penghantaran Tempahan Ke Lembah Klang

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Terdapat sedikit kesangsian untuk penduduk di Lembah Klang bagi membuat tempahan menu pelbagai majlis memandangkan lokasi kami, faktornya ialah jarak, masa dan mungkin juga kebolehkepercayaan. Kami tak salahkan anda kerana beranggapan begitu kerana logiknya manusia memerlukan masa dan pengalaman untuk mendapat keyakinan serta kepercayaan.

Kami mempunyai senarai data pelanggan individu, organisasi dan entiti kerajaan dari Lembah Klang yang cukup untuk didedahkan bagi menjawab persoalan diatas, namun bagi melindungi hak data peribadi pelanggan, senarai identiti mereka tidak akan kami dedahkan kepada umum. Anda boleh berhubungan dengan kami jika memerlukan rujukan, kami akan kongsikan pengalaman mereka. 

Kami tidak membuat cheap marketing gimmick bagi tujuan menarik pelanggan untuk perkara berkaitan ibadah dan fardhu kifayah.




Monday, 13 June 2022

Yemeni Zurbian

 Assalamualaikum,

Anda pasti sudah biasa mendengar tentang Yaman, negara yang terletak di hujung Semenanjung Tanah Arab. Yaman merupakan pusat ketamadunan dan budaya Arab purba berusia ribuan tahun. 
Perdagangan telah membawa pengaruh Yaman terutamanya makanan kesuluruh tanah Arab dan dunia Islam lain.

Kami ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi hidangan berasaskan nasi yang dikenali dengan nama Zurbian. Hidangan ini dimasak dengan rempah ratusnya yang tersendiri dan komposisinya adalah nasi berwarna-warni dengan perapan ayam atau kambing dan kentang serta ditabur di atasnya dengan bawang goreng, kekacang serta kismis.

 


Hidangan purba dari Aden City ini sesuai untuk majlis istimewa seperti pertunangan, hidangan pengantin, sambutan hari lahir dan open house.

Tempahlah sekarang!!!

Wednesday, 20 April 2022

Tempahan Syawal 2022 Dibuka

 Assalamualaikum,

Setelah 2 tahun kita terpaksa merayakan Aidil Fitri secara tertutup (sesetengahnya mungkin juga ala kadar) bersama ahli keluarga terdekat disebabkan kekangan COVID 19... alhamdulilah sambutan pada tahun ini pasti berbeza. Perantauan pasti akan pulang ke kampung halaman bila sempadan negeri dan negara sudah dibuka untuk menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan yang lebih 2 tahun terpisah. Rindu pasti terubat, silaturahim kembali erat dan kemeriahan pasti terasa.

Kami dengan ini membuka tempahan untuk sambutan Aidil Fitri anda dengan pelbagai menu pilihan yang lazat dan menarik. Anda boleh merancang Syawal ini untuk perbagai perkara yang tertangguh seperti rumah terbuka, majlis-majlis aqiqah, pertunangan, doa selamat, house warming, perkahwinan dan sebagainya.

Satu perkara yang pasti ialah HARGA KAMI KEKAL TIDAK NAIK SEJAK LEBIH 5 TAHUN walaupun pelbagai barangan asas dan basah mengalami kenaikan demi kenaikan.

Tempahlah sekarang !!!