JAWAPANNYA
TIDAK...Bulu kambing jantan dewasa biasanya berbau hamis. Bagaimanapun, kambing
jantan muda tidak berbau hamis. Daging kambing dewasa tidak akan berbau hamis
jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang betul atau mengikut
petua atau amalan tradisional. Teknologi terkini mampu menyahkan tisu yang
menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosedur yang dinamakan
de-odorising yang dilakukan pada peringkat anak. Selain itu kaedah penjagaan
kebersihan, semburan racun kutu dan fungus di persekitaran kandang dapat
membantu tumbesaran kambing yang sihat selain dapat meminimumkan aroma hamis di kandang
kambing.
Portal Adaptasi Setempat Bagi Ladang Penternakan Kambing, Event Management Serta Perkhidmatan Katering Untuk Majlis Perkahwinan, Aqiqah, Qurban & Majlis-Majlis Resepsi Lain. Merupakan Peneraju Serta Pencetus Kambing Panggang BBQ & Aqiqah Semenjak 2006. Kami Menerima Tempahan Untuk Lokasi Seluruh Semenanjung Malaysia.
Tuesday, 16 April 2013
Thursday, 11 April 2013
Mengenali Kambing, Adakah Sama Kambing Dengan Biri-Biri Ataupun Kibas ...
Secara
saintifiknya, kambing (Capra hircus)
adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki berkuku dua
ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam pelbagai cuaca tetapi ia
lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca panas berbanding sejuk.
Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor
lembu.
Sungguhpun
kambing dan biri-biri nampak hampir sama dan keduanya tergolong dalam subfamili
Caprinae, tetapi biri-biri (Ovis aries) adalah spesis yang berlainan
daripada kambing. Biri-biri adalah dari jenis kibas berasal daripada Artiodactyla dalam keluarga Genus Ovis. Beza kibas dengan biri-biri
yang lain ialah lemak di dalam badannya terkumpul di bahagian ekornya. Ini
menjadikan ekor kibas kembang dan tebal seperti kelopak bunga.
Biri-biri
suka berkumpulan manakala kambing suka berpecah dari kumpulan. Biri-biri meragut
rumput yang berada ditanah manakala
kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing
juga meragut rumput. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun kepada biri-biri
tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya. Biri-biri dan kambing tidak
boleh mengawan kerana mereka adalah berlainan spesis.
Layari nutrisidaman.blogspot.my untuk maklumat lanjut berkaitan menu berasaskan daging kambing dan perkhimatan katering serta pengurusan majlis.
Layari nutrisidaman.blogspot.my untuk maklumat lanjut berkaitan menu berasaskan daging kambing dan perkhimatan katering serta pengurusan majlis.
Perbezaan Daging Kambing Dan Daging Biri Biri
Daging
kambing dalam Bahasa Inggeris ialah chevon.
Daging biri-biri diberi nama mutton.
Istilah lamb ialah untuk biri-biri
yang disembelih pada umur muda. Daging kambing mempunyai kandungan kolesterol
dan lemak yang terendah dikalangan ternakan ruminan iaitu biri-biri, lembu dan
kerbau. Penjualan daging kambing masih tidak ketara di pasaran, kebiasaannya
ialah daging biri-biri dengan harga yang jauh lebih rendah dari daging kambing.
Sebab itu daging biri-biri menjadi pilihan pengusaha makanan, hotel dan
restoran berbanding daging kambing. Samaada disedari atau tidak, ramai
pengusaha makanan, hotel dan restoran melabelkan lauk biri-biri mereka sebagai
lauk kambing dalam Bahasa Melayu tetapi menggunakan label mutton dalam Bahasa Inggeris.
Maka
tidak hairanlah jika masih ramai rakyat Malaysia memberi persepsi salah yang
daging kambing mempunyai banyak lemak. Penjual tidak menandakan daging kambing
dengan tepat. Pengunjung pasaraya dan pembaca akhbar harian boleh terkeliru
kerana istilah mutton diterjemahkan
kepada 'daging kambing' oleh beberapa pasaraya besar pada rak-rak jualan dan
pada iklan-iklan dalam akhbar harian tempatan.
Kesilapan
tersebut boleh membawa tindakbalas negatif bagi promosi makan daging kambing
kerana apabila dimasak mutton (yang
disangka sebagai daging kambing) kelihatanlah kehadiran lemak yang nyata. Faktanya
ialah daging kambing telah terbukti secara saintifik mempunyai kandungan lemak
yang lebih rendah berbanding daging biri-biri. Daging kambing juga mempunyai
kandungan protein dan vitamin yang tinggi. Kajian saintifik juga telah
membuktikan kandungan kolesterol dan lemak pada daging kambing adalah lebih
rendah dari daging biri-biri, lebih-lebih lagi apabila sembelih pada umur
kurang dari setahun. Kandungan lemak pada daging kambing adalah antara dua dan
tiga peratus sahaja. Daging biri-biri pula mengandungi lemak antara 12 ke 13
peratus. Ini bertambah jelas dengan tiadanya lemak pada keratan daging kambing.
Di sebaliknya, pada keratan daging biri-biri lapisan-lapisan lemak yang tebal
amat ketara.
Subscribe to:
Posts (Atom)