Sunday 1 December 2013

Set Grill & Burner Serta Canopy Untuk Disewa

Set Grill & Burner

Kami menawarkan set lengkap grill & burner untuk anda memanggang dan menggrill kambing dengan harga serendah RM100 untuk 12 jam. Set grill & burner tersebut adalah model mudah alih (portable) yang sesuai dibawa dengan kereta dan direka khusus supaya boleh dipasang dan ditanggalkan dengan mudah dan cepat walaupun saiznya apabila dipasang penuh ialah 4 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Ia sesuai untuk anda memanggang kambing bersaiz besar sehingga 2 ekor serentak. Selain itu anda boleh menggrill ayam, satay, sosej ataupun membakar ikan serentak disebabkan bukaan net grillnya yang besar. Harga sewaan yang ditawarkan tidak termasuk kos pengangkutan.



Gambar: Burner & Grill Set



Canopy Set

Kami juga menawarkan set canopy perbagai saiz yang dilengkapi dengan kipas dan lampu berserta dengan meja dan kerusi untuk majlis anda. Anda boleh meminta supaya meja/alas meja serta kerusi disusun terus selepas canopy dihantar dan dipasang oleh pihak kami dilokasi majlis anda.



Gambar: Canopy Pelbagai Saiz