Saturday, 27 September 2014

Pakej Ekonomi & Standard Dinaiktaraf TANPA Kenaikan Harga

Bagi meningkatkan kepuasan kepada para pelanggan kami serta sebagai tanda terima kasih kepada anda yang menyokong kami sepanjang tempoh 2 tahun perkhimatan kambing panggang kami beroperasi, 2 pakej popular (standard & ekonomi) telah dinaiktaraf.

Sehubungan itu berat minima kambing hidup untuk pakej standard dinaikan dari 30kg ke 33kg TANPA sebarang kenaikan harga walaupun untuk kambing aqiqah. Manakala berat maksima carcass bebiri untuk pakej ekonomi dinaikan sehingga 25kg juga dengan TANPA sebarang kenaikan harga.

Oleh itu anda berpeluang menikmati kambing panggang yang lebih besar dengan harga yang paling kompetitif di pasaran. TEMPAHLAH SEKARANG!!!


Tuesday, 10 June 2014

Tempahan Untuk Majlis Berbuka Puasa & Open House Hari Raya


Tempahan dibuka untuk mendapatkan mana-mana pakej kambing panggang atau khidmat katering bagi majlis berbuka puasa dan majlis rumah terbuka hari raya. Kami menawarkan minuman berasaskan Oren percuma untuk setiap tempahan pakej kambing panggang, 27 liter minuman percuma untuk langganan full service pakej standard dan 55 liter minuman percuma untuk langganan full service pakej super dan ekonomi sepanjang musim perayaan ini. Cepat...kami hanya mampu menerima maksima 3 tempahan sahaja sehari.


Monday, 5 May 2014

Penjualan Kambing Panggang Perab Frozen Pack 250gm

Ingin dihebahkan bahawa penjualan Kambing Panggang Perab frozen dalam pack seberat 250gm boleh didapati di venue berikut:

1. Kiosk Produk Tenusu
     Jabatan Perkhimatan Veterina Daerah Kuala Muda
     08000 Sungai Petani Kedah.
     (Kiosk berada di hadapan Pejabat Veterina dan Bertentangan dgn IKM SG. Petani)

2. Yakin Frozen @ D-Mart
     No 11 Jalan Shahbandar 2, Bertam Perdana
    13200 Kepala Batas Pulau Pinang

Anda boleh memilih 2 jenis perisa samada Kambing Panggang Perab Dengan Rempah Original atau Rempah BBQ dengan harga yang sama. Pack tersebut boleh terus dimasukan kedalam oven dan juga sesuai untuk microwave oven. Daging kambing tersebut telah dibasuh dan dibersihkan dengan sempurna sebelum diperab dan dipack, anda tidak perlu membersihkannya sekali lagi.



Thursday, 10 April 2014

Memperkenalkan Kambing Panggang Variasi Terbaru - Kambing Panggang Berempah BBQ

Kami ingin menawarkan kepada anda citrasa variasi terbaru kambing panggang berempah - kambing panggang berempah BBQ sebagai alternatif kepada kambing panggang berempah kami yang sedia ada. Kambing panggang berempah BBQ kami diperab sekurang kurangnya semalaman dengan rempah ratus original dan beberapa paste terpilih dari sumber tumbuhan (plant-base paste). Anda sebenarnya tidak memerlukan sebarang sos lagi untuk menikmati kambing panggang berempah BBQ ini...Bagaimanapun kami tetap menawarkan kepada anda menu pakej sediada termasuk 2 sos, garlic bread dan coslo.  

Dengan ini anda boleh memilih citrasa berikut untuk tempahan majlis anda:

1. Kambing Panggang Berempah Original
2. Kambing Panggang Berempah BBQ

Sila hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut. Kami sedia menerima tempahan dimana juga lokasi anda di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.