Tuesday, 31 March 2015

Ternakan Hidup, Daging Ternakan Segar & Sejuk Beku Sifar GST

Pihak kerajaan telah mewartakan yang binatang ternakan hidup seperti kambing, lembu,ayam, rusa, kerbau serta daging ternakan hidup yang disembelih dan sebahagian produk ternakan sejuk beku telah dikecualikan dari cukai barangan & perkhimatan (GST).

Pihak kami akan menyerap sebarangan kenaikan harga disebabkan oleh pelaksanaan GST untuk barangan dan produk sampingan yang termaktub GST yang digunakan dalam ramuan pakej kami. Oleh yang demikian tiada kenaikan harga yang dikenakan untuk semua produk dan pakej yang kami tawarkan buat masa ini.

Tuesday, 3 March 2015

Rusa Panggang Berempah: Sajian Exotik Kebanggaan Nusantara

Memperkenalkan Pakej Terkini Dari Variasi Sajian Exotik: Rusa Panggang Berempah.

Kini kami menawarkan pakej terbaru rusa panggang berempah yang didatangkan dengan 2 pakej menarik standard dan super segar dari ladang. Tiada carcass import frozen digunakan buat masa ini kerana semua rusa yang digunakan adalah disembelih khusus untuk tempahan anda sahaja. Seperti kambing panggang kami, ia akan diperap secukupnya dengan adunan rempah ratus terpilih sebelum dipanggang khas untuk anda. Pakej-pakej rusa panggang berempah Standard dan Super ini juga didatangkan sekali dengan 2 sos terpilih, roti garlic dan juga coslo beserta dengan 2 orang kakitangan saya untuk memanggang, menggril, memotong dan menghiris daging rusa tersebut. Semua keperluan lain seperti pinggan, sudu/garpu, tissue dan bag sampah akan disediakan bersama.



Image result for rusa



Pakej Rusa Standard: RM2500


  • Seekor rusa ternakan tempatan dengan berat hidup 40~49 kg dengan berat bersih carcass selepas disembelih, dilapah dan dikeluarkan organ yang tidak diperlukan sekitar 19kg~24kg.
  • 2 sos terpilih, garlic bread dan coslo
  • 2 orang kakitangan saya untuk memanggang, menggril, memotong dan menghiris daging rusa beserta set dan peralatan memanggang
  • Keperluan lain seperti pinggan, sudu/garpu, tissue dan bag sampah

Pakej Rusa Super: RM2900


  • Seekor rusa ternakan tempatan dengan berat hidup sekitar 51kg-60kg dengan berat bersih carcass selepas disembelih, dilapah dan dikeluarkan organ yang tidak diperlukan melebihi 25kg hingga 30kg.
  • 2 sos terpilih, garlic bread dan coslo
  • 2 orang kakitangan saya untuk memanggang, menggril, memotong dan menghiris daging rusa beserta set dan peralatan memanggang
  • Keperluan lain seperti pinggan, sudu/garpu, tissue dan bag sampah

Tempoh tempahan ialah 2 minggu in advance diperlukan sebelum tarikh majlis anda bermula. Ini disebabkan bekalan rusa tempatan yang amat terhad. Pakej juga tertakluk kepada bekalan semasa berat rusa hidup.