Tuesday 30 June 2015

Kesan Kejatuhan Nilai Ringgit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pelanggan yang dihormati sekelian,

Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada produk-produk berasaskan kambing dari syarikat kami selama ini.

Seperti yang sedia maklum oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sekarang berkenaan nilai matawang Ringgit kita yang jatuh hampir kepada RM3.80 berbanding US Dollar. Kesannya tentulah akan menyebabkan import kita dari negara luar menjadi semakin mahal kosnya. Ini memberi kesan kenaikan harga yang langsung kepada kos kambing yang dimport terutamanya kambing dan bebiri frozen dari New Zealand dan Australia.

Oleh  yang demikian, harga kambing panggang dari Pakej Kenduri (dahulunya Pakej Ekonomi) kami yang menggunakan kambing frozen import telah mengalami kenaikan harga, sila rujuk harga terbaru Pakej Kenduri disisi atas kiri ruangan depan. Walaupun begitu pakej kambing golek berasasksn carcass frozen import kami kekal antara yang termurah dan paling kompetitif dipasaran berserta dengan side dishes garlic bread, coslo dan 2 sos yang ditawarkan.

Bagi para pelanggan yang telah biasa dengan harga lama kami dan masih mahukan harga lama tersebut masih mempunyai pilihan untuk tidak mengambil side dish coslo dan roti garlic. Dengan itu anda akan mendapat kambing panggang dan 2 sos sahaja untuk harga lama tersebut dengan berat carcass masih sama seperti yang ditawarkan sebelum ini iaitu melebihi 20 kg untuk bebiri dan sekitar 16kg-18kg untuk carcass kambing.

Tiada kenaikan harga untuk pakej-pakej kambing panggang yang lain (Pakej Standard, Super dan Maharaja) yang menggunakan kambing atau bebiri hidup yang disembelih oleh pihak kami.