Wednesday 12 December 2018

Pakej Aqiqah Lengkap, Jimat & Termudah Dipasaran

Assalamualaikum,

Anda bosan dengan menu masakan kambing untuk majlis aqiqah anda...yang selalunya disajikan dengan menu masakan kurma kambing. Sebenarnya terdapat perbagai lagi menu enak dan lazat boleh dimasak menggunakan daging kambing. Jika anda mahir memasak masakan berkuah berasaskan daging....anda pasti setuju yang daging kambing adalah daging paling lazat dan versatile berbanding dengan daging lain sehinggakan begitu banyak masakan berkuah yang enak boleh dimasak mengunakan daging kambing.

Kami menawarkan anda pelbagai menu selain dari masakan kurma kambing seperti briyani kambing, kuzi kambing, kambing masak merah, kambing masak hitam, kari tradisional, masak kismis, keema kambing, bahmia kambing dan kini satu lagi masakan lazat daging kambing yang berasal dari Jammu & Kashmir iaitu dipanggil Rogan Josh.

Pakej diatas termasuk kambing gred aqiqah saiz standard atau super yang dimasak menu pilihan anda serta nasi putih untuk 70 pax bagi pakej standard dan 120 pax untuk pakej super. Selain untuk kenduri setempat, pakej ini juga sesuai untuk dipack dan diagih-agihkan di mesjid, surau, rumah kebajikan atau tempat lain yang difikirkan sesuai oleh anda.

Layari http://nutrisidaman.blogspot.com untuk maklumat lanjut dan tempahlah sekarang!!!!!


Rogan josh (روغن جوش‎)

Monday 15 October 2018

Tempahan Untuk Musim Cuti Sekolah Penggujung Tahun 2018

Assalamu'alaikum  & Salam Sejahtera,

Tempahan untuk sebarang majlis keraian pada musim cuti penghujung tahun ini masih dibuka samada untuk majlis aqiqah, perkahwinan, majlis makan malam, majlis korporat dan juga 2 perayaan yang masyarakat majmuk kita bakal sambut pada bulan November dan December ini iaitu iaitu Deepavali dan Christmas 2018.

Anda bebas memilih sebarang pakej-pakej yang disediakan pihak kami samada kambing panggang, nasi arab, masakan berkuah kambing atau pun pakej katering lengkap, sila rujuk maklumat yang disertakan dikiri dan kanan muka depan nutrisidaman.blogspot.my dan juga dibahagian Purchase dan Catering Services.

Kebanyakan pakej yang diiklankan telah dinyatakan dengan jelas maklumat seperti harga, berat dan kapasiti tetamu yang boleh anda jamukan, jika anda memerlukan sebarang penambahan kapasiti, juga tambahan menu lain ataupun anda memerlukan penjelasan tentang perkara-perkara tertentu, sila nyatakan dengan jelas semasa waktu perbincangan untuk memantapkan pemahaman dikedua-dua pihak.

Kami sedaya upaya akan menjayakan majlis anda dengan jujur dan ikhlas. Tempahlah sekarang !!!



Tuesday 19 June 2018

Diskaun 9% Kambing Panggang Pakej Kenduri

As Salam & Selamat Sejahtera

Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir & Batin. Moga Ramadhan yang berlalu memberi keberkatan dan keampunan kepada kita.

Disepanjang bulan Syawal yang mulia ini pihak kami ingin menawarkan diskaun 9% untuk langganan kambing panggang pakej kenduri, dengan itu harga untuk full service pakej kenduri dikurangkan dari RM1100 kepada hanya RM1000 sahaja, anda masih beroleh side dishes yang sama sebelum ini, juga tiada sebarang pengurangan berat carcass kambing.

Ini bagi memberi peluang dan kemudahan anda merancang budget "open house" anda tahun ini.

Selain itu ingin kami war warkan yang rempah ratus perapan kambing kami adalah dari puluhan jenis rempah asli - bebas dari perasa dan pewarna tiruan maupun penggunaan MSG yang berlebihan. Oleh itu anda tidak perlu bimbang dengan kesan pengambilan perasa dan pewarna tiruan seperti yang diamalkan oleh pihak lain. Dengan kata lain anda tidak perlu bimbang mendapat masalah pening kepala, alahan dan gangguan saluran pernafasan selepas memakan kambing panggang kami.

Sesungguhnya kami memgutamakan mutu, kelazatan rasa dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan. Tempahlah sekarang !!!


Wednesday 18 April 2018

Tempahan Untuk Iftar Ramadhan & Rumah Terbuka AidilFitri 2018

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera,

Tempahan sedang dibuka untuk majlis iftar Ramadhan dan rumah terbuka Syawal untuk tahun ini. Anda boleh memilih perbagai menu  yang ditawarkan oleh pihak kami seperti pakej kambing panggang, pakej nasi Arab, masakan berkuah kambing serta menu menu katering yang lain.

Ramadhan yang berkat inilah masa terbaik anda melakukan ibadah aqiqah, anda boleh beraqiqah sambil memberi kesempatan masyarakat kita berbuka puasa, anda bakal beroleh dua kebaikan serentak....aqiqah dan memberi kesempatan orang berbuka puasa.

Kapasiti kami terhad untuk beberapa tempahan saja sehari, tempahan awal amat diharapkan untuk kami membuat pertancangan dan menyimpan bekalan kambing yang cukup untuk anda.

Tempahlah sekarang !!!


Friday 23 February 2018

Pembelian Menu Kambing Menggunakan Kad Kredit

Assala'mualaikum & Selamat Sejahtera,

Bagi membantu para pelanggan membuat perancangan untuk majlis idaman serta memudahkan proses pembelian, kini anda boleh mengunakan kemudahan kad kredit samada Mastercard atau Visa keluaran bank-bank tempatan serta antarabangsa untuk semua pembelian dari kami. Anda hanya perlu mengunakan Add to Chart ataupun Buy button yang terdapat didalam website kami nutrisidaman.blogspot.my samada di laman Home ataupun Purchase untuk membuat pembelian pakej-pakej yang ditawarkan samada menu masakan berkuah kambing aqiqah, menu pakej set nasi arab beserta kambing panggang ataupun pakej-pakej kambing panggang original dari pihak kami.

Adalah dimaklumkan yang proses pembelian anda akan melalui sistem Paypal Secure Payment Platform dan seterusnya follow steps yang akan diberikan untuk melengkapkan proses pembelian dari pihak kami, jangan bimbang...ianya percuma, selamat, mudah dan cepat. Paypal merupakan secure payment platform yang terkemuka yang digunakan diserata dunia dan diyakini berjuta pengguna di 5 benua. Majlis anda akan lebih meriah dengan kemudahan pembelian dihujung jari yang selamat dan mudah.

Hubungi Pihak Kami & Tempahlah Pembelian Anda Sekarang !!!

Credit Card Badges

Saturday 6 January 2018

Kabsa Kambing & Ayam: Hidangan Tradisional Semenanjung Tanah Arab

As Salam & Selamat Sejahtera,

Alhamdu'lilah, kami mendapat sambutan yang menggalakan selepas memperkenalkan hidangan Qoozi iaitu nasi mendy dengan kambing panggang. Dimana hidangan ini disertakan sekali bersama raita ataupun dalca. Seperti yang dicadangkan, menu ini sesuai untuk majlis aqiqah serta hidangan pengantin ataupun menu utama majlis korporat.

Kini kami ingin menambah keperbagaian ataupun varieties menu khas untuk pilihan pelanggan setia serta pelanggan baru kami yang inginkan kelainan dalam menu majlis mereka. Kami dengan rendah diri ingin memperkenalkan anda hidangan nasi kabsa iaitu hidangan tradisi dari Semenanjung Tanah Arab. Seperti Qoozi dengan nasi mendy,  menu kabsa ini sesuai untuk majlis aqiqah, hidangan pengantin dan rombongan, juga untuk majlis santapan resmi dan majlis korperat.



Kabsa Kambing

Anda boleh memilih kabsa kambing (lamb kabsa) ataupun kabsa ayam (chicken kabsa) untuk hidangan anda. Bagaimanapun bagi majlis aqiqah hanya kabsa kambing sahaja yang boleh dihidangkan kerana ayam tidak termasuk binatang yang boleh dibuat sembelihan aqiqah. Nasi kabsa kami akan disertakan sekali salad serta daqqus ataupun dikenali juga sahawiq iaitu tomato segar yang dikisar menjadi sos.



Kabsa Ayam

Selain rasa, perbezaan utama antara Qoozi nasi mendy dan nasi kabsa (jika anda memilih kabsa kambing) ialah kambing kabsa akan dipotong kecil terus menjadi ketulan sementara Qoozi nasi mendy kami kambing yang akan dihidangkan adalah kambing panggang yang masih lagi dalam bentuk carcass seekor.

Anda bebas memilih menu tambahan seperti ayam goreng berempah ataupun daging masak hitam untuk dimakan bersama mendy ataupun kabsa kami.

Tempahlah sekarang !!!!






Tuesday 2 January 2018

Tempahan Semasa Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2018

As Salam & Selamat Sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2018 Kepada Semua Pelanggan Kami Yang Dihormati.

Tempahan semasa cuti perayaan tahun baru Cina pada tahun ini masih lagi dibuka, adalah diharapkan anda membuat tempahan awal bagi memudahkan pihak kami menguruskan majlis anda dengan sebaik mungkin. Tempahan disaat akhir walaupun boleh diterima tetapi sangat bergantung kepada kekosongan slot pada waktu dan tarikh yang anda pilih.

Kini anda boleh memilih pelbagai menu dari pihak kami seperti kambing panggang, nasi arab dengan kambing panggang, masakan berkuah kambing serta menu-menu sajian yang lain bergantung kepada citra rasa dan keperluan anda samada untuk tujuan aqiqah, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, sambutan tahun baru, kenduri kesyukuran, house-warming atau sebarang majlis keraian yang lain.

Tempahlah sekarang !!!!