Wednesday, 20 February 2019

Tempahan Untuk Musim Cuti Sekolah & Rumah Terbuka Aidil Fitri 2019

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera,

Tempahan masih dibuka untuk musim cuti sekolah awal tahun dan pertengahan tahun ini. Bagi mengelakan pertindihan tarikh dan masa - anda digalakan membuat tempahan awal bagi mendapatkan slot favorite yang diinginkan yang kebiasaannya menjadi tumpuan orang menlaksanakan majlis.

Bagi majlis rumah terbuka AidilFitri tahun ini, tempahan untuk sebarang tarikh selama sebulan itu telah mula dibuka sekarang. Tempahan awal amatlah digalakan bagi memudahkan pihak kami dan juga yang paling penting bagi membantu anda menjayakan majlis tersebut sebaiknya terutamanya yang melibatkan perancangan kewangan anda.

Hidangan wajib di musim perayaan seperti  ketupat, lemang, rendang, satay, nasi impit disediakan. Anda boleh juga menambah menu lain seperti nasi briyani, nasi arab, kambing panggang, laksa serta pemanis mulut seperti kuih muih serta cendol. Ramai juga yang mengambil kesempatan melakukan ibadah aqiqah serentak dengan jamuan rumah terbuka dengan memesan masakan berkuah kambing, kambing panggang serta masakan tambahan lain seperti menu berasaskan ayam serta daging lembu.

Pelbagai menu dan pakej menarik menanti anda untuk kesesuaian sebarang majlis. Tempahlah sekarang !!!

Kabsa Kambing Dihidangkan Dalam Talam Bersaiz Besar

Kambing Panggang Buluh Madu
Chef & Staff Yang Berdedikasi Sedia Berkhidmat Untuk Anda