Assala'mualaikum & Salam Sejahtera,
Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu sampai jua. Alhamdullilah..Pihak MKN telah memberi kebenaran untuk majlis berkaitan agama merangkumi majlis-majlis tahlil, aqiqah, doa selamat dan majlis-majlis sosial seperti pertunangan, perkahwinan, hari-jadi, reunion dan sebagainya diadakan bermula 1 Julai 2020. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak berwajib yang telah memberi penghargaan dan merangka SOP untuk diguna-pakai dalam pelaksanaan majlis tersebut.
Perkara utama yang dititik-beratkan semestinya keselamatan semua yang terlibat dan penjarakan sosial yang terlibat didalam majlis tersebut. Garis panduan utama yang diberikan adalah seperti berikut:

- Bilangan maksimum kapasiti hadirin tidak melebihi 250 orang (idealnya 100 - 150 orang) tertakluk kepada ruang majlis dan tempoh masa hanya antara 3-5 jam sahaja.
- Buffet dibenarkan dengan diuruskan paramusaji, yang terbaiknya makanan hendaklah dihidangkan.
- Kaunter saringan kesihatan perlu ada dipintu masuk dimana suhu badan setiap tetamu perlu diperiksa. Tetamu yang bergejala tidak dibenarkan hadir.
- Pendaftaran tetamu mesti dilakukan sama-ada secara manual menggunakan buku log atau menggunakan aplikasi MySejahtera dan penutup muka digalakan untuk dipakai oleh semua yang berada dimajlis tersebut.
- Arah masuk dan keluar tetamu perlu diasingkan supaya kesesakan tidak berlaku dan pergerakan tetamu terkawal.
Majlis Perkahwinan