Assalamualaikum,
Terlebih dahulu kami ingin memohon kehadrat Ilahi agar kita semua dijauhkan dari sebarang wabak penyakit dan malapetaka yang tidak diingini. Semoga kita semua berada dibawah naungan dan rahmat Allah sentiasa hendaknya.
Umum ketahui dikala ini negara kita sedang dilanda wabak penyakit serta kemelesetan ekonomi yang kesannya meruntun keutuhan hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah serta yang tidak berpendapatan tetap. Justeru itu, amal jariah dan sumbangan dalam pelbagai bentuk terutamanya makanan amat diharapkan oleh golongan tersebut. Ada yang memilih untuk menunjukkan kesusahan bagi meraih simpati tetapi banyak yang memilih untuk tidak menunjuk kesusahan tersebut atas pelbagai faktor yang Allah sahaja mengetahuinya.
Adalah menjadi fardhu kifayah untuk golongan berada dan yang tidak terkesan dengan situasi sekarang untuk membantu masyarakat sekeliling, salah satunya dengan melakukan aqiqah. Mengapa aqiqah?.....jawabnya ialah ianya serampang dua mata, pertamanya si pelaku dapat menunaikan ibadah aqiqah untuk tanggungannya. Keduanya ibadah aqiqah membolehkan makanan diberi secara percuma kepada mereka yang amat memerlukan makanan bagi mengisi perut yang mungkin sedang kelaparan.
Ayuhlah kita bersama-sama menyantuni masyarakat demi kebaikan ummah setempat. Kami di sini sedia membantu bagi melaksanakan ibadah aqiqah anda.