Tuesday, 15 October 2024

Aqiqah Bagi Diri Sendiri

 Assalamulaikum,

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, isteri-isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat serta yang mengikuti ajaran baginda sehingga Kiamat.

Hukum aqiqah adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan. Asal pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)


Para ulama Syafieyyah berpendapat bahawa aqiqah dituntut ke atas al-asl (ayah dan datuk) kerana dia wajib menafkahi bayi itu dan bayi dianggap faqir. Aqiqah hendaklah ditunaikan bukan menggunakan harta anaknya sebaliknya menggunakan hartanya sendiri. Namun apabila anak itu baligh sebelum sempat diaqiqahkan maka sunat bagi anak tersebut untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri. Ini berdasarkan kepada  Mughni al-Muhtaj (6/139) oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah.

Justeru, sunat hukumnya untuk seseorang yang dewasa yang belum diaqiqahkan untuk mengaqiqahkan dirinya sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan-Nya. Jika dia tidak mampu, maka tiada masalah dan tiada kehinaan terhadap perkara itu kerana Syariat tidak memberatkan seseorang atas suatu yang dia tidak mampu.

Penjelasan diatas berdasarkan AL-KAFI #633: Hukum Aqiqah Bagi Diri Sendiri terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 19 Jun 2017. 

Kami yang fakir ilmu tidak mampu mengulas dan menjawab sendiri persolan diatas.