Wednesday, 4 September 2013

Nikmati Keenakan Kambing Panggang Berempah Kami Dengan Harga Serendah RM19.90

Terdahulu kami ingin mengucapkan terima kasih terhadap sambutan hangat pakej kambing panggang kami sepanjang bulan Ramadhan dan musim perayaan Eidul Fitr yang lepas.

Kelangsungan dari sambutan masyarakat dan sektor swasta serta badan-badan berkanun, kini kami menawarkan pakej kambing panggang dalam bentuk hirisan seberat 250gm yang dibungkus bersih dalam plat kedap udara dan dibekukan. Kami menawarkan harga istimewa kepada pasaran untuk RM19.00 untuk pakej 250gm.

Anda hanya perlu menunggu selama 15 minit untuk daging kambing itu nyah-fross untuk anda terus memanggang semada secara tradisional menggunakan arang kayu, oven ataupun pemanggang elektrik terkini yang terdapat di pasaran.

Sila hubungi pihak kami untuk pesanan.

Kami juga membuka peluang kepada yang berminat menjadi pengedar kambing panggang kami di kawasan kejiranan anda. Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai kemudahan sejuk beku atau freezer.

Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Tuesday, 6 August 2013

Tawaran Terkini: Pakej Ekonomi Kambing Panggang Berempah Hanya RM680

Memperkenalkan tawaran terkini daripada kami, pakej terkini kambing panggang hanya serendah RM680 dengan mengekalkan ramuan rempah-ratus istimewa terpilih yang diperap dengan kambing semalaman dan termasuk side dish sedia ada. Pakej Ekonomi kami menawarkan kepada anda:
  • Kambing  yang mempunyai berat minimum 20kg keatas
  • 2 Jenis Sos
  • Coslo
  • Roti/Kentang
Bagi membantu semua lapisan masyarakat menikmati keenakan kambing panggang berempah kami, pakej ekonomi ini menggunakan kambing sejuk-beku atau frozen chevon/lamb. Pun begitu dengan bantuan rempah ratus rahsia terpilih, kami mampu menawarkan kepada anda rasa enak kambing panggang berempah seperti yang terdapat pada pakej-pakej kami yang lain.

* Pakej ini tidak disertakan dengan khidmat pelayan dan caj penghantaran dikenakan sama seperti Pakej Self-Service yang ditawarkan sebelum ini.

Thursday, 1 August 2013

50% OFF Untuk Kos Penghantaran Bagi PEMBELIAN SECARA ONLINE

Tempah mana-mana pakej kambing panggang kami samada pakej VALUE FOR MONEY atau FULL SERVICE secara ONLINE dan nikmati diskaun 50% kos penghantaran sepanjang musim perayaan ini.

Tuesday, 23 July 2013

Pakej Kambing Panggang Golek Berempah Value for Money-15% hingga 20% OFF

Inginkan kelainan di majlis resepsi anda !!!

Pihak kami menawarkan pakej kambing panggang atau kambing golek berempah yang terbaik untuk nilai wang anda dengan potongan diskaun 15% sebagai pilihan. Pakej ini menawarkan kepada anda kambing panggang/golek yang diperap dengan rempah pilihan semalaman bagi membangkitkan rasa yang sedap dan memikat secara "self-service" dimana:

  • Kambing Panggang/Kambing Golek yang sedia dimakan dan dibungkus segar dan panas
  • 2 Jenis Sos
  • Coleslaw
  • Roti/Kentang

 

Akan dihantar terus ketempat anda, dengan itu anda akan dapat menikmati pakej-pakej kami sebelum ini (Pakej Standard, Pakej Super dan Pakej Maharaja) dengan potongan harga 15%.

  • Pakej Standard Value for Money - RM1100
  • Pakej Super Value for Money - RM1400
  • Pakej Maharaja Value for Money - RM2500
Bagi yang ingin mencuba sesuatu yang baru dan menarik untuk memanggang sendiri kambing tersebut dan hanya memerlukan kambing yang diperab semalaman sahaja dari kami, anda boleh mendapatnya dengan harga 20% OFF seperti dibawah:

  •  Pakej Standard Value for Money Panggang Sendiri - RM1000
  •  Pakej Super Value for Money Panggang Sendiri - RM1200
  •  Pakej Maharaja Value for Money Panggang Sendiri- RM2200
Bagi anda yang memilih untuk majlis 2-in-1 iaitu rumah terbuka disamping melangsungkan ibadat Aqiqah, kami akan membekalkan kambing yang cukup umur, sihat dan sempurna sifat seperti yang digariskan syarak. Sila hubungi kami bagi pembelian secara tunai atau bank transfer dan terus ke laman Purchase bagi pembelian melalui kad kredit. Sila nyatakan tarikh penghantaran yang dikehendaki, nombor telephone dan alamat lengkap bagi semua cara pembelian yang dipilih.

* Pakej value for money ini tidak disertakan dengan khidmat pelayan.

Wednesday, 3 July 2013

Pakej Kambing Panggang/Golek Berempah - Tempahan Dibuka

Inginkan kelainan dan kemeriahan berganda di majlis rumah terbuka Aidilfitri anda !!!

Tempahan kini dibuka untuk anda mendapatkan kambing panggang/ golek bagi majlis berbuka puasa dan rumah terbuka atau "Open House" di hari raya. Khidmat kami meliputi sudah tentunya kambing dari baka terpilih yang akan disembelih khas untuk anda dan diperap dengan rempah ratus semalaman yang akan dipanggang terus ditempat anda dan kami akan menempatkan pelayan untuk memotong dan menghidang daging kambing bersama dengan sos dan hidangan terpilih yang anda kehendaki.


 
Kambing Panggang Standard- RM1300
  • Seekor kambing baka kacukan tempatan berat hidup 30kg - 35kg
  • 2 jenis sos
  • Coslo pasta salad
  • Mashed potatoes
  • Khidmat pelayan untuk hidangan
Pakej ini untuk jangkaan kurang dari 100 orang tetamu yang menikmati hidangan kambing panggang kami disamping terdapat menu utama yang lain.


Kambing Panggang Super - RM1600
  • Seekor kambing baka kacukan tempatan berat hidup 45kg-50kg
  • 2 jenis sos
  • Coslo pasta salad
  • Mashed potatoes
  • Khidmat pelayan untuk hidangan
Pakej ini untuk jangkaan kurang dari 200 orang tetamu yang menikmati hidangan kambing panggang kami disamping terdapat menu utama yang lain.


Kambing Panggang Maharaja - RM2800
  • Seekor kambing baka kacukan tempatan berat hidup 80kg-90kg/2 ekor kambing berat hidup 45kg-50kg.
  • 2 jenis sos
  • Coslo pasta salad
  • Mashed potatoes
  • Khidmat pelayan untuk hidangan
Pakej ini untuk jangkaan kurang dari 400 orang tetamu yang menikmati hidangan kambing panggang kami disamping terdapat menu utama yang lain.

Pakej pakej yang dinyatakan diatas sesuai untuk majlis 2-in-1 iaitu majlis rumah terbuka disamping melaksanakan ibadat Aqiqah. Kami akan membekalkan kambing yang cukup umur, sihat dan sempurna sifat seperti yang digariskan syarak. Sila hubungi kami untuk pembelian secara tunai atau bank transfer dan terus ke laman Purchase bagi pembelian menggunakan kad kredit. Sila nyatakan tarikh penghantaran yang dikehendaki dan alamat lengkap bagi semua cara pembelian.

Tuesday, 16 April 2013

Adakah Daging Kambing Berbau Hamis?

JAWAPANNYA TIDAK...Bulu kambing jantan dewasa biasanya berbau hamis. Bagaimanapun, kambing jantan muda tidak berbau hamis. Daging kambing dewasa tidak akan berbau hamis jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang betul atau mengikut petua atau amalan tradisional. Teknologi terkini mampu menyahkan tisu yang menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosedur yang dinamakan de-odorising yang dilakukan pada peringkat anak. Selain itu kaedah penjagaan kebersihan, semburan racun kutu dan fungus di persekitaran kandang dapat membantu tumbesaran kambing yang sihat selain dapat meminimumkan aroma hamis di kandang kambing.




Thursday, 11 April 2013

Mengenali Kambing, Adakah Sama Kambing Dengan Biri-Biri Ataupun Kibas ...


Secara saintifiknya, kambing (Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki berkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam pelbagai cuaca tetapi ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca  panas berbanding sejuk. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu.

Sungguhpun kambing dan biri-biri nampak hampir sama dan keduanya tergolong dalam subfamili Caprinae, tetapi biri-biri (Ovis aries) adalah spesis yang berlainan daripada kambing. Biri-biri adalah dari jenis kibas berasal daripada Artiodactyla dalam keluarga Genus Ovis. Beza kibas dengan biri-biri yang lain ialah lemak di dalam badannya terkumpul di bahagian ekornya. Ini menjadikan ekor kibas kembang dan tebal seperti kelopak bunga.


Biri-biri suka berkumpulan manakala kambing suka berpecah dari kumpulan. Biri-biri meragut rumput yang berada ditanah  manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun kepada biri-biri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya. Biri-biri dan kambing tidak boleh mengawan kerana mereka adalah berlainan spesis.

Layari nutrisidaman.blogspot.my untuk maklumat lanjut berkaitan menu berasaskan daging kambing dan perkhimatan katering serta pengurusan majlis.