Monday 8 July 2019

Lembu Qurban 2019

Assala'mulaikum,

Pelawaan dibuka untuk tempahan lembu dan juga bahagian-bahagian lembu bagi ibadah Qurban pada Aidil Adha untuk tahun ini. Anda boleh menempah untuk seekor lembu atau bahagiannya sahaja, seekor lembu yang sihat dan cukup umur berharga sekitar RM4000 - RM5000 bergantung pada saiz dan sebahagiannya pula bernilai sekitar RM650 - RM700 termasuk upah sembelihan, lapah dan potong ketul.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan kambing serta bebiri untuk tujuan Qurban pada Aidil Adha tahun ini pada harga sekitar RM850 - RM1000 bergantung pada saiz haiwan tersebut. Harga tersebut juga termasuk kos sembelihan, lapah dan potong ketul.

Sila hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut. Moga ibadah Qurban Tuan/Puan berjalan lancar dan diterima Allah.



 Lembu untuk Qurban: Ai'dil Adha 2019

Tuesday 18 June 2019

Upgraded: Pakej Qoozi & Kabsa Ditambah Kapasiti

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Kini kami telah menaik taraf pakej kambing & nasi arab Qoozi serta Kabsa dengan menambah kapasiti pax. Pakej frozen dan aqiqah ditambah dari 70 pax ke 100 pax, manakala pakej Qoozi & Kabsa Maharaja dari 150 pax ke 200 pax TANPA SEBARANG KENAIKAN HARGA.

Anda juga akan mendapat minuman sejuk PERCUMA dengan pesanan pakej-pakej tersebut.

Cepat...order sekarang untuk sebarang majlis anda !!!


Qoozi 

Monday 8 April 2019

Upgraded: Pakej Kambing Panggang Berempah Dinaik Taraf

Assala'mulaikum & Salam Sejahtera,

Kami telah menaik taraf menu sampingan (side dishes) untuk semua pakej-pakej kambing panggang berempah- kini menu coleslow telah dinaik taraf menjadi coleslow pasta salad. Penambahbaikan tersebut tidak melibat sebarang kenaikan harga semua pakej-pakej yang kami tawarkan. Anda akan mendapat seperti biasa kambing panggang yang dipesan bersama dengan 2 jenis sos, coslo pasta salad dan mashed potatoes. Anda mempunyai pilihan untuk add-on atau menambah roti garlic bersama dengan mushroom soup sebagai menu istimewa bersama hidangan kambing panggang anda.


Easy Macaroni Coleslaw Salad is packed with colorful vegetables and pasta and a beautiful combination of your two favorite summer side dishes: coleslaw and macaroni salad! This is a great, easy recipe to take to a potluck, holiday, picnic or BBQ. 

Coslo Pasta Salad

Semua item sedia ada yang ditawarkan sebelum ini semuanya dikekalkan tanpa sebarang kenaikan kos. Tempahlah sekarang !!!


Wednesday 20 February 2019

Tempahan Untuk Musim Cuti Sekolah & Rumah Terbuka Aidil Fitri 2019

Assalamulaikum & Selamat Sejahtera,

Tempahan masih dibuka untuk musim cuti sekolah awal tahun dan pertengahan tahun ini. Bagi mengelakan pertindihan tarikh dan masa - anda digalakan membuat tempahan awal bagi mendapatkan slot favorite yang diinginkan yang kebiasaannya menjadi tumpuan orang menlaksanakan majlis.

Bagi majlis rumah terbuka AidilFitri tahun ini, tempahan untuk sebarang tarikh selama sebulan itu telah mula dibuka sekarang. Tempahan awal amatlah digalakan bagi memudahkan pihak kami dan juga yang paling penting bagi membantu anda menjayakan majlis tersebut sebaiknya terutamanya yang melibatkan perancangan kewangan anda.

Hidangan wajib di musim perayaan seperti  ketupat, lemang, rendang, satay, nasi impit disediakan. Anda boleh juga menambah menu lain seperti nasi briyani, nasi arab, kambing panggang, laksa serta pemanis mulut seperti kuih muih serta cendol. Ramai juga yang mengambil kesempatan melakukan ibadah aqiqah serentak dengan jamuan rumah terbuka dengan memesan masakan berkuah kambing, kambing panggang serta masakan tambahan lain seperti menu berasaskan ayam serta daging lembu.

Pelbagai menu dan pakej menarik menanti anda untuk kesesuaian sebarang majlis. Tempahlah sekarang !!!

Kabsa Kambing Dihidangkan Dalam Talam Bersaiz Besar

Kambing Panggang Buluh Madu
Chef & Staff Yang Berdedikasi Sedia Berkhidmat Untuk Anda

Wednesday 12 December 2018

Pakej Aqiqah Lengkap, Jimat & Termudah Dipasaran

Assalamualaikum,

Anda bosan dengan menu masakan kambing untuk majlis aqiqah anda...yang selalunya disajikan dengan menu masakan kurma kambing. Sebenarnya terdapat perbagai lagi menu enak dan lazat boleh dimasak menggunakan daging kambing. Jika anda mahir memasak masakan berkuah berasaskan daging....anda pasti setuju yang daging kambing adalah daging paling lazat dan versatile berbanding dengan daging lain sehinggakan begitu banyak masakan berkuah yang enak boleh dimasak mengunakan daging kambing.

Kami menawarkan anda pelbagai menu selain dari masakan kurma kambing seperti briyani kambing, kuzi kambing, kambing masak merah, kambing masak hitam, kari tradisional, masak kismis, keema kambing, bahmia kambing dan kini satu lagi masakan lazat daging kambing yang berasal dari Jammu & Kashmir iaitu dipanggil Rogan Josh.

Pakej diatas termasuk kambing gred aqiqah saiz standard atau super yang dimasak menu pilihan anda serta nasi putih untuk 70 pax bagi pakej standard dan 120 pax untuk pakej super. Selain untuk kenduri setempat, pakej ini juga sesuai untuk dipack dan diagih-agihkan di mesjid, surau, rumah kebajikan atau tempat lain yang difikirkan sesuai oleh anda.

Layari http://nutrisidaman.blogspot.com untuk maklumat lanjut dan tempahlah sekarang!!!!!


Rogan josh (روغن جوش‎)

Monday 15 October 2018

Tempahan Untuk Musim Cuti Sekolah Penggujung Tahun 2018

Assalamu'alaikum  & Salam Sejahtera,

Tempahan untuk sebarang majlis keraian pada musim cuti penghujung tahun ini masih dibuka samada untuk majlis aqiqah, perkahwinan, majlis makan malam, majlis korporat dan juga 2 perayaan yang masyarakat majmuk kita bakal sambut pada bulan November dan December ini iaitu iaitu Deepavali dan Christmas 2018.

Anda bebas memilih sebarang pakej-pakej yang disediakan pihak kami samada kambing panggang, nasi arab, masakan berkuah kambing atau pun pakej katering lengkap, sila rujuk maklumat yang disertakan dikiri dan kanan muka depan nutrisidaman.blogspot.my dan juga dibahagian Purchase dan Catering Services.

Kebanyakan pakej yang diiklankan telah dinyatakan dengan jelas maklumat seperti harga, berat dan kapasiti tetamu yang boleh anda jamukan, jika anda memerlukan sebarang penambahan kapasiti, juga tambahan menu lain ataupun anda memerlukan penjelasan tentang perkara-perkara tertentu, sila nyatakan dengan jelas semasa waktu perbincangan untuk memantapkan pemahaman dikedua-dua pihak.

Kami sedaya upaya akan menjayakan majlis anda dengan jujur dan ikhlas. Tempahlah sekarang !!!



Tuesday 19 June 2018

Diskaun 9% Kambing Panggang Pakej Kenduri

As Salam & Selamat Sejahtera

Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir & Batin. Moga Ramadhan yang berlalu memberi keberkatan dan keampunan kepada kita.

Disepanjang bulan Syawal yang mulia ini pihak kami ingin menawarkan diskaun 9% untuk langganan kambing panggang pakej kenduri, dengan itu harga untuk full service pakej kenduri dikurangkan dari RM1100 kepada hanya RM1000 sahaja, anda masih beroleh side dishes yang sama sebelum ini, juga tiada sebarang pengurangan berat carcass kambing.

Ini bagi memberi peluang dan kemudahan anda merancang budget "open house" anda tahun ini.

Selain itu ingin kami war warkan yang rempah ratus perapan kambing kami adalah dari puluhan jenis rempah asli - bebas dari perasa dan pewarna tiruan maupun penggunaan MSG yang berlebihan. Oleh itu anda tidak perlu bimbang dengan kesan pengambilan perasa dan pewarna tiruan seperti yang diamalkan oleh pihak lain. Dengan kata lain anda tidak perlu bimbang mendapat masalah pening kepala, alahan dan gangguan saluran pernafasan selepas memakan kambing panggang kami.

Sesungguhnya kami memgutamakan mutu, kelazatan rasa dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan. Tempahlah sekarang !!!