Monday, 28 October 2013

Daging Kambing Panggang Berbau, Liat, Kurang Masak atau Terlampau Masak

Daging Kambing Panggang Berbau

Daging kambing panggang akan berbau jika kambing hidup tidak disembelih, dilapah dengan betul serta tidak dipanggang sekurang kurangnya tiga-suku masak DAN disimpan lama sebelum dimakan. Bagi kambing frozen ia akan berbau semasa dimakan jika tidak dibekukan dengan suhu yang tepat ataupun tidak dipanggang sekurangnya tiga-suku masak DAN disimpan lama sebelum dimakan. Perhatian perlu diberikan pada bahagian leher kambing.


Daging Kambing Panggang Liat

Ini mungkin disebabkan cara yang salah memhasilkan/membuat cebisan daging sebelum dimakan. Daging kambing panggang hendaklah dihiris/slice selapis demi selapis hingga ke tulang dan bukannya dipotong/cut. Pisau yang betul perlu digunakan bagi menghiris lapisan daging dan bukannya pisau memotong. Daging kambing panggang juga akan liat jika dipanggang atau digrill dengan api yang terlalu marak.Terdapat sedikit kemungkinan kambing yang dipanggang adalah kambing yang terlalu tua, bagaimanapun ini lebih biasa terjadi jika ia dimasak (contohnya masakan kurma/kari kambing), bukannya dipanggang.


Daging Kambing Kurang Masak atau Terlampau Masak.

Daging akan kurang masak jika tiada bara yang cukup atau api terlalu kecil dan sedikit ataupun digrill terlalu jauh dari bara/api. Ini biasa juga terjadi jika ia tidak digolek dengan betul semasa dipanggang.Perhatian perlu diberikan kepada bahagian kambing yang tebal isinya seperti di leher dan pehanya. Daging kambing akan menjadi terlampau masak jika tidak digolek dengan betul semasa dipanggang, api terlalu besar dan marak ataupun dipanggang/digrill terlalu lama.


Pihak kami akan memastikan perkara diatas tidak berlaku sebelum penghantaran kepada pelanggan bagi menjaga kualiti dan nama baik syarikat. Bagaimanapun kami tidak dapat mengawal dan memastikan perkara tersebut berlaku selepas penghantaran kepada pelanggan terutamanya bagi anda yang memilih pakej self-service atau self-service dan self-panggang. Penting untuk anda memanggang, mengrill, menghiris serta memyimpan daging kambing panggang dengan cara yang betul serta tidak terlalu lama sebelum memakannya.



Menjawab Persoalan Mengenai Pakej Kambing Panggang

Disini saya ingin highlight dan menerangkan beberapa persoalan sebagai panduan serta penjernihan supaya memudahkan pelanggan dan bakal pelanggan saya mendapat maklumat yang betul serta tepat disamping memperolehi produk dan khimat yang terbaik.

Apakah yang dimaksudkan Pakej Full Service ?

Pakej ini ditawarkan kepada pelanggan saya meliputi khidmat penuh dari penyedian kambing, pemprosesan, memerap, memanggang, pembungkusan, memanggang semula dan grill ditempat pelanggan, menghiris kambing panggang dan serving. Segala kelengkapan seperti set burner, plate, spoon, folk dan tissue disertakan oleh pihak saya. Pakej ini meliputi juga khidmat pembersihan sampah/site cleaning yang bersangkutan dengan kambing panggang ditempat pelanggan.

Bagaimana pula dengan Pakej Self-Service ?

Kami akan menyediakan kambing, memerap dan memanggang untuk anda dan terus menghantar kambing kepada anda disamping sos, roti/kentang dan coslo. Kami TIDAK akan berada dilokasi anda untuk grill semula kambing panggang dan serve kepada tetamu anda. Menjadi kebiasaan pelanggan akan memotong dan grill semula hirisan kambing diatas set berbeku mini dengan arang kayu atau pun terus menggunakan oven bagi menikmati keenakan kambing panggang yang sebenar. Anda akan mendapat penjimatan dari membayar kos untuk pihak saya menyediakan petugas ditempat anda.

Pakej Self Service dan Self Panggang

Bagi pakej ini kami hanya akan menyediakan kambing, memerap semalam atau sekurang kurangnya 6 jam, menbungkus sebelum menghantar kepada anda bersama sos, roti/kentang dan coslo. Anda perlu memanggang sendiri kambing tersebut, menghiris dan mengrill mana yang perlu daging kambing sebelum menghidangkannya kepada tetamu anda. Kami tidak mensyorkan pakej ini kepada pelanggan yang tidak biasa memanggang kambing kerana memanggang kambing memerlukan masa 4-6 jam, kami tidak mempraktiskan amalan merebus atau mengukus kambing sebelum memanggang untuk pakej ini atau mana-mana pakej yang lain. Oleh itu kemahiran serta bahan api yang agak banyak dan proses yang jauh lebih rumit perlu untuk mendapat kambing panggang yang sempurna dan sedap berbanding memanggang ayam atau membakar ikan. Bagaimanpun pakej ini adalah yang termurah serta menjimatkan dari pihak kami.