Monday, 28 October 2013

Menjawab Persoalan Mengenai Pakej Kambing Panggang

Disini saya ingin highlight dan menerangkan beberapa persoalan sebagai panduan serta penjernihan supaya memudahkan pelanggan dan bakal pelanggan saya mendapat maklumat yang betul serta tepat disamping memperolehi produk dan khimat yang terbaik.

Apakah yang dimaksudkan Pakej Full Service ?

Pakej ini ditawarkan kepada pelanggan saya meliputi khidmat penuh dari penyedian kambing, pemprosesan, memerap, memanggang, pembungkusan, memanggang semula dan grill ditempat pelanggan, menghiris kambing panggang dan serving. Segala kelengkapan seperti set burner, plate, spoon, folk dan tissue disertakan oleh pihak saya. Pakej ini meliputi juga khidmat pembersihan sampah/site cleaning yang bersangkutan dengan kambing panggang ditempat pelanggan.

Bagaimana pula dengan Pakej Self-Service ?

Kami akan menyediakan kambing, memerap dan memanggang untuk anda dan terus menghantar kambing kepada anda disamping sos, roti/kentang dan coslo. Kami TIDAK akan berada dilokasi anda untuk grill semula kambing panggang dan serve kepada tetamu anda. Menjadi kebiasaan pelanggan akan memotong dan grill semula hirisan kambing diatas set berbeku mini dengan arang kayu atau pun terus menggunakan oven bagi menikmati keenakan kambing panggang yang sebenar. Anda akan mendapat penjimatan dari membayar kos untuk pihak saya menyediakan petugas ditempat anda.

Pakej Self Service dan Self Panggang

Bagi pakej ini kami hanya akan menyediakan kambing, memerap semalam atau sekurang kurangnya 6 jam, menbungkus sebelum menghantar kepada anda bersama sos, roti/kentang dan coslo. Anda perlu memanggang sendiri kambing tersebut, menghiris dan mengrill mana yang perlu daging kambing sebelum menghidangkannya kepada tetamu anda. Kami tidak mensyorkan pakej ini kepada pelanggan yang tidak biasa memanggang kambing kerana memanggang kambing memerlukan masa 4-6 jam, kami tidak mempraktiskan amalan merebus atau mengukus kambing sebelum memanggang untuk pakej ini atau mana-mana pakej yang lain. Oleh itu kemahiran serta bahan api yang agak banyak dan proses yang jauh lebih rumit perlu untuk mendapat kambing panggang yang sempurna dan sedap berbanding memanggang ayam atau membakar ikan. Bagaimanpun pakej ini adalah yang termurah serta menjimatkan dari pihak kami.


No comments: