Saturday, 27 February 2016

Variasi Terbaru Rempah Kambing Panggang - Tandoori

Assalamua'laikum,

Berkat petunjuk dari Yang Maha Pencipta dan demi para pelanggan kami yang memberi sokongan setia selama ini - Pihak kami telah berjaya mengolah dan mengadun rempah terbaru untuk variasi kambing panggang yang diadaptasi dari rempah tandoori.

Umum mengetahui ayam tandoori yang biasa dimakan bersama roti naan, di masak/panggang bersama di dalam tempayan tanah. Citrasa berasal dari utara India ini enak dimakan bersama dhal dan sos raita. Bagaimana pun untuk kambing panggang...jarang kita temui kerana ia memerlukan pengubahsuaian bahan asas dan cara memanggang.

Berkat daya usaha dan kesabaran, kami berjaya menghasilkan perapan rempah tandoori untuk kambing panggang yang enak memikat, khas untuk anda pelanggan setia kami...keanakan hidangan maharaja utara India dizaman silam.

Kini kami menawarkan variasi 3 citrasa rempah kambing panggang untuk pilihan...rempah original, rempah BBQ dan terbaru rempah Tandoori.

Tempahlah Sekarang...






Monday, 15 February 2016

Faedah Harga Diesel Semasa Yang Rendah

Assalamu'alaikum;

Umum mengetahui harga minyak bahan bakar untuk kenderaan sekarang terutamanya minyak diesel berada pada paras yang boleh dikatakan rendah...pada harga yang memudahkan pengguna samada orang perseorangan keseluruhan ataupun peniaga serta industri pengangkutan khasnya.

Faedah dari itu pihak kami ingin memaklumkan yang kos penghantaran percuma akan dilanjutkan ke 40km radius daripada 20km radius sebelumnya. Ini bermakna kos penghantaran untuk destinasi dalam lingkungan 40km radius dari Kepala Batas seperti Seberang Jaya, Bayan Lepas, Georgetown, Kulim, Bukit Mertajam, Juru, Sungai Petani, Balik Pulau, Merbok, Gurun, Kuala Muda serta kawasan-kawasan berdekatan destinasi yang dinyatakan adalah PERCUMA.

Jarak yang selebihnya dari itu akan diberi potongan kos pengangkutan yang sewajarnya dari kos asal. Semakin besar jumlah pesanan anda... kos pengankutan akan menjadi semakin rendah kerana saya akan 'offset' kos pengangkutan dari jumlah pesanan pelanggan.

Diharapkan ini akan memberi manafaat kepada kita semua.