Saturday, 27 February 2016

Variasi Terbaru Rempah Kambing Panggang - Tandoori

Assalamua'laikum,

Berkat petunjuk dari Yang Maha Pencipta dan demi para pelanggan kami yang memberi sokongan setia selama ini - Pihak kami telah berjaya mengolah dan mengadun rempah terbaru untuk variasi kambing panggang yang diadaptasi dari rempah tandoori.

Umum mengetahui ayam tandoori yang biasa dimakan bersama roti naan, di masak/panggang bersama di dalam tempayan tanah. Citrasa berasal dari utara India ini enak dimakan bersama dhal dan sos raita. Bagaimana pun untuk kambing panggang...jarang kita temui kerana ia memerlukan pengubahsuaian bahan asas dan cara memanggang.

Berkat daya usaha dan kesabaran, kami berjaya menghasilkan perapan rempah tandoori untuk kambing panggang yang enak memikat, khas untuk anda pelanggan setia kami...keanakan hidangan maharaja utara India dizaman silam.

Kini kami menawarkan variasi 3 citrasa rempah kambing panggang untuk pilihan...rempah original, rempah BBQ dan terbaru rempah Tandoori.

Tempahlah Sekarang...