Tuesday, 27 December 2016

Pakej Terbaru: Anak Lembu Panggang - Roast Veal Carcass

Assalamulaikum,


Tahukah anda apakah itu daging "harimau menangis".... bagi yang tahu maknanya dan pernah merasanya keenakannya rasa dan aromanya...sudah pasti akan mencarinya kembali untuk dinikmati disebabkan kelazatan rasanya akan terpahat diingatan.

Ia merupakan daging "batang pinang" lembu muda yang baru disembelih dan dipanggang atau digrille menggunakan arang atau kayu api. Di negeri-negeri sebelah utara tanah air, ia biasa dimakan dengan "air asam" bersama dengan hidangan nasi dan lauk pauk lain. Rasanya yang sama boleh diperolehi jika kita mengunakan carcass anak lembu tenusu atau dipanggil veal dalam bahasa Inggeris. Daging veal ini sinonim denga menu masakan berasal dari negara Perancis atau Itali.

Kini kami ingin menawarkan kepada pelanggan setia kami produk terbaru yang merupakan pakej anak lembu panggang ataupun roast veal carcass. Pakej ini kami tawarkan dengan harga pengenalan dan dengan berat carcass hampir sama seperti pakej kambing panggang saiz standard kami - RM1200 seekor. Ia akan disertakan dengan side dishes yang sama iaitu 2 sos, coslo, garlic bread atau mashed potatoes.

Tempahlah sekarang !!!!


* Pakej ini sesuai untuk majlis resepsi, keraian atau corporate function sahaja dan tidak boleh dibuat ibadah aqiqah.