Monday, 15 May 2017

Rogan Josh (روغن جوش‎) - Menu Tradisi Masakan Kambing Dari Jammu & Kashmir

Assalamualaikum,

Anda bosan dengan menu masakan kambing untuk majlis aqiqah anda...yang selalunya disajikan dengan menu masakan kurma kambing. Sebenarnya terdapat perbagai lagi menu enak dan lazat boleh dimasak menggunakan daging kambing. Jika anda mahir memasak masakan berkuah berasaskan daging....anda pasti setuju dengan saya yang daging kambing adalah daging paling lazat dan versatile berbanding dengan daging lain sehinggakan begitu banyak masakan berkuah yang enak boleh dimasak mengunakan daging kambing.

Kami menawarkan anda pelbagai menu selain dari masakan kurma kambing seperti kuzi kambing, kambing masak merah, kambing masak hitam, kari tradisional, masak kismis, keema kambing, bahmia kambing dan kini satu lagi masakan lazat daging kambing yang berasal dari Jammu & Kashmir iaitu dipanggil Rogan Josh.

Roughan (روغن) bermaksud clarified butter ataupun ghee didalam bahasa Parsi, manakala Jus (جوش) ataupun Josh bermaksud stew ataupun melebus. Oleh itu Rogan Josh bermaksud merebus di dalam ghee. Gost didalam Urdu (goštbermaksud daging dan sinonimnya dikaitkan dengan masakan ini. Masakan ini menpunyai pengaruh Mughals dan Parsi, di dalam kalangan masyarakat Kashmir ia merupakan staple food ataupun makanan yang biasa dan selalu dimakan.

Kini kami bawakan kepada anda resepi yang sama demi mempelbagaikan masakan berasaskan kambing, ia sangat sedap dan sesuai dimakan dengan pelbagai jenis nasi ataupun roti.

Tempahlah sekarang!!!!!


Rogan josh (روغن جوش‎)