Sunday, 6 August 2017

Tips Menjaga Menu Masakan Berkuah Kambing

Assala'mulaikum,

Terdapat banyak pertanyaan dari para pelanggan kami bagaimana cara yang betul dan terbaik bagi menjaga dan mengendalikan masakan berkuah kambing yang dipesan khususnya masakan kambing aqiqah. Ini datangnya khusus dari para pelanggan yang hanya memesan kambing aqiqah yang dimasak sahaja tanpa khidmat lengkap katering.

Secara lazimnya pihak kami akan menghantar masakan berkuah kambing aqiqah dalam periuk besar yang dimasak dan kebisaannya masakan tersebut masih warm atau suam. Bagi menjaga masakan tersebut hingga selesai majlis anda atau sehingga habis dimakan...anda tidak sepatutnya melakukan perkara berikut:


  1. Menutup keseluruhan masakan yang masih panas itu terutamya masakan kurma kambing kerana ini menyebabkan masakan tersebut rosak dengan cepat. Jika anda hendak menutupnya hendaklah menutupnya separuh sahaja dengan tudung periuk, selebihnya hendaklah dibuka. Lebih baik anda tidak menutup langsung jika ia terlalu panas selepas dimasak atau dipanaskan semula.
  2. Meletakan masakan yang masih panas yang dihantar kepada anda diatas lantai simen/tile yang sejuk TANPA alas yang tebal. Sebaiknya anda perlu meletaknya diatas meja atau ditempat yang tinggi daripada lantai.
  3. Mengunakan sudik yang sama untuk menyedok masakan yang dihantar dengan masakan lain atau secara ringkasnya kongsi sudik antara perbagai masakan. Ini akan menyebabkan semua masakan tersebut rosak atau 'basi' dengan cepat. Anda juga tidak sepatutnya "merendam" atau membiarkan sudik didalam periuk besar yang dihantar atau yang anda gunakan dalam tempoh jangkamasa yang lama.
  4. Anda tidak seharusnya membiarkan tetamu anda mengambil terus masakan dari periuk besar yang dihantar. Anda sepatutnya memindahkan sebahagiannya ke dalam tray/chafer untuk dicedok oleh tetamu anda.
Jika majlis anda berlangsung dalam tempoh yang lama dan masakan itu telah sejuk atau "berlemak", anda sebaikan dan seharusnya memanas kembali masakan tersebut sebelum dihidangkan. Insya Allah jika langkah diatas diamalkan dan segala aspek kebersihan diutamakan, masakan yang anda tempah dari kami akan tahan sekurang-kurangnya 1-2 hari. Kami memasak masakan yang ditempah anda pada awal pagi hari berlangsungnya majlis anda....bukan sehari sebelumnya. 

Jika anda tidak pasti atau familiar dengan langkah diatas, tempahlah pakej lengkap katering dari pihak kami, kami akan menguruskan semuanya bagi pihak anda.



Persiapan Lengkap Untuk Resepsi Perkahwinan

No comments: