Sunday, 19 December 2021

Pakej Aqiqah Prihatin

 Assala'mualaikum,

Terlebih dahulu kami ingin memohon kehadrat Ilahi agar kita semua dijauhkan dari sebarang wabak penyakit dan malapetaka yang tidak diingini. Semoga kita semua berada dibawah naungan dan rahmat Allah sentiasa hendaknya. Segala puji bagi Allah SWT atas segala kebesaran dan keagongan NYA. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Semoga semua yang membaca posting ini di dalam rahmat Allah, sihat jasmani juga rohani  dan dijauhkan dari segala wabak, bencana dan ujian yang berat.

Umum ketahui dikala ini negara kita baru hendak keluar dari wabak penyakit serta kemelesetan ekonomi yang kesannya meruntun keutuhan hidup rakyat. Justeru itu, amal jariah dan sumbangan dalam pelbagai bentuk terutamanya makanan amat diharapkan. Adalah menjadi fardhu kifayah untuk golongan berkemampuan dan berhayat untuk membantu masyarakat sekeliling, salah satunya dengan melakukan aqiqah bagi membolehkan makanan diberi secara percuma kepada masyarakat dan mereka yang memerlukan.

Disini kami ingin menghebahkan satu pakej aqiqah istimewa dengan kos yang prihatin dan mampu ditunaikan bagi yang berhajat untuk melaksanakan ibadah aqiqah (setelah bertahun tertangguh akibat PKP). Anda boleh memilih untuk membuat jamuan secara biasa di lokasi anda atau meminta untuk membungkus makanan tersebut untuk diagihkan sendiri oleh anda.

Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut.


Hadith Berkenaan Aqiqah


Tuesday, 9 November 2021

Grille & BBQ: Sama @ Berbeza

 Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Masyarakat kita sekarang sudah terbiasa dengan hidangan daging panggang, semakin banyak menu di kenduri-kendara dan restoran atau kedai makan yang menghidangkan daging yang dimasak dengan cara tersebut. Hidangan yang dahulunya hanya terdapat di hotel-hotel berbintang atau di dapur golongan bangsawan/hartawan sekarang telah berjaya dirakyatkan. Bisnes daging kambing perab menjadi trending, telah menjadi sumber pendapatan tambahan sepanjang musim PKP Covid 19 ...Alhamdullilah.

Tahukah anda yang cara memanggang untuk memasak daging tersebut, yang lazimnya dilafazkan dengan sebutan BBQ (Bar-Be-Que) ataupun Grille (Grill) merupakan dua teknik memanggang yang berbeza ?

BBQ adalah cara memanggang menggunakan sumber haba tidak langsung (indirect) dalam jangkamasa yang lama biasanya sehari atau lebih. Sumber haba tak langsung bermaksud api tidak berada betul-betul dibawah daging yang dipanggang. Bahagian terbaik untuk memanggang secara teknik ini adalah dari yang paling liat seperti brisket, rib atau keseluruhan carcass haiwan tersebut.

Image Internet: Term Bahagian Seekor Carcass

Manakala Grille dilakukan menggunakan sumber haba secara langsung iaitu api berada betul-betul dibawah daging yang dipanggang dan proses ini memakan masa lebih singkat kebisaanya sehingga bahagian dalam daging kelihatan sudah masak bila dihiris. Bahagian  yang paling mudah dimasak terutamanya bagi beginner dengan cara ini ialah rib eye kerana ianya paling lembut, oleh itu tidak banyak kesilapan mungkin dibuat semasa proses memanggang.

Sunday, 26 September 2021

Bolehkah (Cukupkah) Aqiqah Bayi Lelaki Dengan Hanya Seekor Bebiri, Kambing @ Kibasy?

 Assala'mualaikum,

Segala puji bagi Allah SWT atas segala kebesaran dan keagongan NYA. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan juga kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga semua yang membaca posting ini di dalam rahmat Allah, sihat jasmani juga rohani  dan dijauhkan dari segala wabak, bencana dan ujian yang berat.

Terdapat banyak pertanyaan berkenaan sembelihan hanya seekor haiwan untuk aqiqah bayi lelaki, cukupkah atau sahkah... Ini mungkin timbul akibat kesan dari situasi semasa pendamik COVID 19 yang mencengkam hampir segala aspek kehidupan kita termasuklah soal ekonomi dan kemampuan berbelanja masyarakat. Kami akan berpandukan IRSYAD AL-FATWA 128 dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dikeluarkan oleh SS Datuk Mufti Wilayah Perseketuan pada 19 September 2016 bersamaan 17 Zulhijjah 1437 H. 

Ia Adalah Memadai dan Dibolehkan

Ini adalah pendapat di dalam mazhab al-Syafi’e sepertimana dinukilkan oleh al-Imam al-Syirazi di dalam kitabnya al-Muhazzab dan begitu juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’.[1]

Ia berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.

Riwayat Abu Daud (2841)

Berdasarkan hadith tersebut, maka melakukan aqiqah bagi anak lelaki dengan seekor kambing adalah memadai. Perkara yang utama disini ialah kita hendaklah menyempurnakan ibadah aqiqah ini dengan penuh keikhlasan dan menzahirkan rasa syukur di atas kurniaan Allah SWT kerana menghadirkan zuriat buat keluarga kita dan pastinya juga Rasulullah SAW akan berbangga di akhirat kelak kerana ramainya umat Baginda SAW.

 

 [1] Al-Muhazzab oleh al-Syirazi (1/438) & al-Majmu’ oleh al-Nawawi (8/429)

 

Wednesday, 14 April 2021

Ramadhan Kareem - Iftar SOP COVID 19

 Assalamulaikum,

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Moga Ramadhan ini kita beroleh barakah, maqfirah dan keampunan dari Ilahi. 

Iftar tahun ini sememangnya berbeza dari tahun sebelumnya disebabkan kesan pandemik COVID 19, tetapi agak lebih baik dari tahun lepas disebabkan kebanyakan kita telah diberi kelonggaran berada didalam RMCO dan CMCO. Iaitu perintah pergerakan pemulihan dan bersyarat. Oleh itu terdapat SOP tertentu yang perlu kita patuhi demi membantu pihak kerajaan membendung wabak ini. 

Pihak kami amat mengalu alukan tempahan menu berbungkus untuk iftar bagi edaran dimana sahaja yang diinginkan. Selain itu adalah digalakan untuk Tuan Puan melakukan aqiqah sepanjang Ramadhan ini kerana bakal beroleh 2 kebaikan serentak iaitu pahala aqiqah dan memberi makan orang berbuka. 

Rebutlah peluang ini, memberi makan orang berbuka dikala waktu susah ini amat besar ganjarannya selain sentiasa didambakan oleh para asnaf dalam masyarakat kita.





Tuesday, 26 January 2021

Aqiqah Drive-Thru Atau Pack & Edarkan

 Assalamualaikum,

Terlebih dahulu kami ingin memohon kehadrat Ilahi agar kita semua dijauhkan dari sebarang wabak penyakit dan malapetaka yang tidak diingini. Semoga kita semua berada dibawah naungan dan rahmat Allah sentiasa hendaknya.

 Umum ketahui dikala ini negara kita sedang dilanda wabak penyakit serta kemelesetan ekonomi yang kesannya meruntun keutuhan hidup rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah serta yang tidak berpendapatan tetap. Justeru itu, amal jariah dan sumbangan dalam pelbagai bentuk terutamanya makanan amat diharapkan oleh golongan tersebut. Ada yang memilih untuk menunjukkan kesusahan bagi meraih simpati tetapi banyak yang memilih untuk tidak menunjuk kesusahan tersebut atas pelbagai faktor yang Allah sahaja mengetahuinya.

Adalah menjadi fardhu kifayah untuk golongan berada dan yang tidak terkesan dengan situasi sekarang untuk membantu masyarakat sekeliling, salah satunya dengan melakukan aqiqah. Mengapa aqiqah?.....jawabnya ialah ianya serampang dua mata, pertamanya si pelaku dapat menunaikan ibadah aqiqah untuk tanggungannya. Keduanya ibadah aqiqah membolehkan makanan diberi secara percuma kepada mereka yang amat memerlukan makanan bagi mengisi perut yang mungkin sedang kelaparan.

Ayuhlah kita bersama-sama menyantuni masyarakat demi kebaikan ummah setempat. Kami di sini sedia membantu bagi melaksanakan ibadah aqiqah anda.