Assalamulaikum & Salam Sejahtera,
Masyarakat kita sekarang sudah terbiasa dengan hidangan daging panggang, semakin banyak menu di kenduri-kendara dan restoran atau kedai makan yang menghidangkan daging yang dimasak dengan cara tersebut. Hidangan yang dahulunya hanya terdapat di hotel-hotel berbintang atau di dapur golongan bangsawan/hartawan sekarang telah berjaya dirakyatkan. Bisnes daging kambing perab menjadi trending, telah menjadi sumber pendapatan tambahan sepanjang musim PKP Covid 19 ...Alhamdullilah.
Tahukah anda yang cara memanggang untuk memasak daging tersebut, yang lazimnya dilafazkan dengan sebutan BBQ (Bar-Be-Que) ataupun Grille (Grill) merupakan dua teknik memanggang yang berbeza ?
BBQ adalah cara memanggang menggunakan sumber haba tidak langsung (indirect) dalam jangkamasa yang lama biasanya sehari atau lebih. Sumber haba tak langsung bermaksud api tidak berada betul-betul dibawah daging yang dipanggang. Bahagian terbaik untuk memanggang secara teknik ini adalah dari yang paling liat seperti brisket, rib atau keseluruhan carcass haiwan tersebut.
Image Internet: Term Bahagian Seekor Carcass
Manakala Grille dilakukan menggunakan sumber haba secara langsung iaitu api berada betul-betul dibawah daging yang dipanggang dan proses ini memakan masa lebih singkat kebisaanya sehingga bahagian dalam daging kelihatan sudah masak bila dihiris. Bahagian yang paling mudah dimasak terutamanya bagi beginner dengan cara ini ialah rib eye kerana ianya paling lembut, oleh itu tidak banyak kesilapan mungkin dibuat semasa proses memanggang.
No comments:
Post a Comment