Wednesday, 20 April 2022

Tempahan Syawal 2022 Dibuka

 Assalamualaikum,

Setelah 2 tahun kita terpaksa merayakan Aidil Fitri secara tertutup (sesetengahnya mungkin juga ala kadar) bersama ahli keluarga terdekat disebabkan kekangan COVID 19... alhamdulilah sambutan pada tahun ini pasti berbeza. Perantauan pasti akan pulang ke kampung halaman bila sempadan negeri dan negara sudah dibuka untuk menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan yang lebih 2 tahun terpisah. Rindu pasti terubat, silaturahim kembali erat dan kemeriahan pasti terasa.

Kami dengan ini membuka tempahan untuk sambutan Aidil Fitri anda dengan pelbagai menu pilihan yang lazat dan menarik. Anda boleh merancang Syawal ini untuk perbagai perkara yang tertangguh seperti rumah terbuka, majlis-majlis aqiqah, pertunangan, doa selamat, house warming, perkahwinan dan sebagainya.

Satu perkara yang pasti ialah HARGA KAMI KEKAL TIDAK NAIK SEJAK LEBIH 5 TAHUN walaupun pelbagai barangan asas dan basah mengalami kenaikan demi kenaikan.

Tempahlah sekarang !!!





Sunday, 3 April 2022

Ramadhan Mubarak, Ramadhan Kareem

Assalamualaikum, 

Syukur pada Ilahi Ramadhan masih sempat di tempuhi. Ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan hakiki  untuk kita isi dengan iqraq, zikir, tasbih dan takbir. Dikesempatan ini kami ingin memohon kemaafan diatas segala kesalahan zahir dan batin, jika ada dimasa lalu. Marilah kita semua bersyukur kepada  Allah kerana dipertemukan  lagi dengan bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan.

Di Ramadhan yang mulia ini terdapat amalan-amalan khusus yang kita sebagai muslim perlu praktikkan. Pertamanya, perbanyakkan istighfar meminta keampunan dari Allah serta selalulah membaca Al-Quran, sebaiknya khatam walaupun sekali. Selain itu lipat gandakan sadaqah dengan apa cara sekalipun kerana nilainya amat tinggi diwaktu ini. Berilah makan kepada orang yang berpuasa, ini boleh dilakukan dengan cara menganjurkan majlis berbuka puasa di mesjid, surau, rumah anak yatim dan kebajikan, sekolah, tahfiz dan sebagainya. Jangan lupa untuk membayar zakat fitrah dengan kadar yang ditetapkan oleh pihak berwajib, dirikanlah solat sunat terawih dan qiamulail di malam hari serta solat-solat sunat yang lain. 

Kita juga disunatkan untuk melewatkan sahur, janganlah makan sahur sebelum tidur kerana baraqah sahur sebelum Imsak sangat bernilai untuk orang berpuasa. Kita juga dituntut untuk menperbanyak doa  memohon keampunan dan magrifat NYA serta apa jua hajat yang baik untuk dimakbulkan. Akhirnya Ramadhan adalah bulan tarbiah untuk kita meninggalkan segala amalan yang sia-sia, Moga madrasah Ramadhan mendidik kita untuk terus istiqamah beribadah dibulan-bulan yang lain. 

Selamat Datang Wahai Bulan Ibadah, Wahai Bulan Kebahagian. Marhaban Ya Ramadhan.