Assalamualaikum,
Syukur pada Ilahi Ramadhan masih sempat di tempuhi. Ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan hakiki untuk kita isi dengan iqraq, zikir, tasbih dan takbir. Dikesempatan ini kami ingin memohon kemaafan diatas segala kesalahan zahir dan batin, jika ada dimasa lalu. Marilah kita semua bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan lagi dengan bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan.
Di Ramadhan yang mulia ini terdapat amalan-amalan khusus yang kita sebagai muslim perlu praktikkan. Pertamanya, perbanyakkan istighfar meminta keampunan dari Allah serta selalulah membaca Al-Quran, sebaiknya khatam walaupun sekali. Selain itu lipat gandakan sadaqah dengan apa cara sekalipun kerana nilainya amat tinggi diwaktu ini. Berilah makan kepada orang yang berpuasa, ini boleh dilakukan dengan cara menganjurkan majlis berbuka puasa di mesjid, surau, rumah anak yatim dan kebajikan, sekolah, tahfiz dan sebagainya. Jangan lupa untuk membayar zakat fitrah dengan kadar yang ditetapkan oleh pihak berwajib, dirikanlah solat sunat terawih dan qiamulail di malam hari serta solat-solat sunat yang lain.
Kita juga disunatkan untuk melewatkan sahur, janganlah makan sahur sebelum tidur kerana baraqah sahur sebelum Imsak sangat bernilai untuk orang berpuasa. Kita juga dituntut untuk menperbanyak doa memohon keampunan dan magrifat NYA serta apa jua hajat yang baik untuk dimakbulkan. Akhirnya Ramadhan adalah bulan tarbiah untuk kita meninggalkan segala amalan yang sia-sia, Moga madrasah Ramadhan mendidik kita untuk terus istiqamah beribadah dibulan-bulan yang lain.
Selamat Datang Wahai Bulan Ibadah, Wahai Bulan Kebahagian. Marhaban Ya Ramadhan.
No comments:
Post a Comment