Friday, 23 February 2018

Pembelian Menu Kambing Menggunakan Kad Kredit

Assala'mualaikum & Selamat Sejahtera,

Bagi membantu para pelanggan membuat perancangan untuk majlis idaman serta memudahkan proses pembelian, kini anda boleh mengunakan kemudahan kad kredit samada Mastercard atau Visa keluaran bank-bank tempatan serta antarabangsa untuk semua pembelian dari kami. Anda hanya perlu mengunakan Add to Chart ataupun Buy button yang terdapat didalam website kami nutrisidaman.blogspot.my samada di laman Home ataupun Purchase untuk membuat pembelian pakej-pakej yang ditawarkan samada menu masakan berkuah kambing aqiqah, menu pakej set nasi arab beserta kambing panggang ataupun pakej-pakej kambing panggang original dari pihak kami.

Adalah dimaklumkan yang proses pembelian anda akan melalui sistem Paypal Secure Payment Platform dan seterusnya follow steps yang akan diberikan untuk melengkapkan proses pembelian dari pihak kami, jangan bimbang...ianya percuma, selamat, mudah dan cepat. Paypal merupakan secure payment platform yang terkemuka yang digunakan diserata dunia dan diyakini berjuta pengguna di 5 benua. Majlis anda akan lebih meriah dengan kemudahan pembelian dihujung jari yang selamat dan mudah.

Hubungi Pihak Kami & Tempahlah Pembelian Anda Sekarang !!!

Credit Card Badges

Saturday, 6 January 2018

Kabsa Kambing & Ayam: Hidangan Tradisional Semenanjung Tanah Arab

As Salam & Selamat Sejahtera,

Alhamdu'lilah, kami mendapat sambutan yang menggalakan selepas memperkenalkan hidangan Qoozi iaitu nasi mendy dengan kambing panggang. Dimana hidangan ini disertakan sekali bersama raita ataupun dalca. Seperti yang dicadangkan, menu ini sesuai untuk majlis aqiqah serta hidangan pengantin ataupun menu utama majlis korporat.

Kini kami ingin menambah keperbagaian ataupun varieties menu khas untuk pilihan pelanggan setia serta pelanggan baru kami yang inginkan kelainan dalam menu majlis mereka. Kami dengan rendah diri ingin memperkenalkan anda hidangan nasi kabsa iaitu hidangan tradisi dari Semenanjung Tanah Arab. Seperti Qoozi dengan nasi mendy,  menu kabsa ini sesuai untuk majlis aqiqah, hidangan pengantin dan rombongan, juga untuk majlis santapan resmi dan majlis korperat.



Kabsa Kambing

Anda boleh memilih kabsa kambing (lamb kabsa) ataupun kabsa ayam (chicken kabsa) untuk hidangan anda. Bagaimanapun bagi majlis aqiqah hanya kabsa kambing sahaja yang boleh dihidangkan kerana ayam tidak termasuk binatang yang boleh dibuat sembelihan aqiqah. Nasi kabsa kami akan disertakan sekali salad serta daqqus ataupun dikenali juga sahawiq iaitu tomato segar yang dikisar menjadi sos.



Kabsa Ayam

Selain rasa, perbezaan utama antara Qoozi nasi mendy dan nasi kabsa (jika anda memilih kabsa kambing) ialah kambing kabsa akan dipotong kecil terus menjadi ketulan sementara Qoozi nasi mendy kami kambing yang akan dihidangkan adalah kambing panggang yang masih lagi dalam bentuk carcass seekor.

Anda bebas memilih menu tambahan seperti ayam goreng berempah ataupun daging masak hitam untuk dimakan bersama mendy ataupun kabsa kami.

Tempahlah sekarang !!!!






Tuesday, 2 January 2018

Tempahan Semasa Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2018

As Salam & Selamat Sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2018 Kepada Semua Pelanggan Kami Yang Dihormati.

Tempahan semasa cuti perayaan tahun baru Cina pada tahun ini masih lagi dibuka, adalah diharapkan anda membuat tempahan awal bagi memudahkan pihak kami menguruskan majlis anda dengan sebaik mungkin. Tempahan disaat akhir walaupun boleh diterima tetapi sangat bergantung kepada kekosongan slot pada waktu dan tarikh yang anda pilih.

Kini anda boleh memilih pelbagai menu dari pihak kami seperti kambing panggang, nasi arab dengan kambing panggang, masakan berkuah kambing serta menu-menu sajian yang lain bergantung kepada citra rasa dan keperluan anda samada untuk tujuan aqiqah, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, sambutan tahun baru, kenduri kesyukuran, house-warming atau sebarang majlis keraian yang lain.

Tempahlah sekarang !!!!





Monday, 11 September 2017

Qoozi - Kambing Panggang Berempah & Nasi Arab

Assala'mulaikum,

Anda tentu telah biasa dengan hidangan kambing panggang atau golek, sudah lebih 11 tahun pihak kami mempromosi dan "merakyatkan" makanan tersebut sebagai hidangan untuk majlis perkahwinan atau majlis aqiqah. Niat permulaannya hanyalah bagi membuka pasaran baru untuk menjual kambing dan bebiri yang dahulunya dipelihara diladang kami. Alhamdullilah, sepanjang tempoh tersebut kami telah berjaya mendidik dan mebiasakan masyarakat kita tentang budaya memakan daging kambing. Tidak dapat dinafikan perbagai halangan telah dihadapi termasuk andaian daging kambing penyebab pelbagai penyakit, berbau hamis dan pelbagai lagi.

Namun kini ternyata itu semua hanya andaian semata-mata malah hidangan kambing panggang serta masakan lain yang berasaskan daging kambing yang dahulunya hanya didapati di hotel-hotel yang berbintang telah mahsyur dikampung-kampung seluruh Malaya. Banyak pihak telah mengikuti kami dalam menjalankan Agro-business ini setelah sedar peluang dan potensinya. Syukur Alhamdullilah rezeki dari Allah dapat kita kongsi dan nikmati bersama.

Kini kami ingin mempelopori satu lagi satu lagi masakan kambing iaitu Qoozi atau juga disebut kharoof mahshi - iaitu kambing panggang berempah yang disumbat nasi Arab didalamnya dan dihidangkan diatas talam dikelilingi juga nasi Arab bersama perbagai kekacang, kismis, salad dan sos samada raita atau dalca. Anda juga boleh memilih nasi briyani sebagai pilihan.



Qoozi: Kambing Panggang & Nasi Arab

Ia sesuai dijadikan hidangan majlis aqiqah, majlis persandingan sebagai santapan pengantin dan rombongan, majlis pertunangan, majlis rumah terbuka, majlis koporat dan pelbagai majlis resepsi yang lain dengan anggaran dibawah 100 pax bagi seekor kambing.

Tempahlah sekarang !!!!


Sunday, 6 August 2017

Tips Menjaga Menu Masakan Berkuah Kambing

Assala'mulaikum,

Terdapat banyak pertanyaan dari para pelanggan kami bagaimana cara yang betul dan terbaik bagi menjaga dan mengendalikan masakan berkuah kambing yang dipesan khususnya masakan kambing aqiqah. Ini datangnya khusus dari para pelanggan yang hanya memesan kambing aqiqah yang dimasak sahaja tanpa khidmat lengkap katering.

Secara lazimnya pihak kami akan menghantar masakan berkuah kambing aqiqah dalam periuk besar yang dimasak dan kebisaannya masakan tersebut masih warm atau suam. Bagi menjaga masakan tersebut hingga selesai majlis anda atau sehingga habis dimakan...anda tidak sepatutnya melakukan perkara berikut:


  1. Menutup keseluruhan masakan yang masih panas itu terutamya masakan kurma kambing kerana ini menyebabkan masakan tersebut rosak dengan cepat. Jika anda hendak menutupnya hendaklah menutupnya separuh sahaja dengan tudung periuk, selebihnya hendaklah dibuka. Lebih baik anda tidak menutup langsung jika ia terlalu panas selepas dimasak atau dipanaskan semula.
  2. Meletakan masakan yang masih panas yang dihantar kepada anda diatas lantai simen/tile yang sejuk TANPA alas yang tebal. Sebaiknya anda perlu meletaknya diatas meja atau ditempat yang tinggi daripada lantai.
  3. Mengunakan sudik yang sama untuk menyedok masakan yang dihantar dengan masakan lain atau secara ringkasnya kongsi sudik antara perbagai masakan. Ini akan menyebabkan semua masakan tersebut rosak atau 'basi' dengan cepat. Anda juga tidak sepatutnya "merendam" atau membiarkan sudik didalam periuk besar yang dihantar atau yang anda gunakan dalam tempoh jangkamasa yang lama.
  4. Anda tidak seharusnya membiarkan tetamu anda mengambil terus masakan dari periuk besar yang dihantar. Anda sepatutnya memindahkan sebahagiannya ke dalam tray/chafer untuk dicedok oleh tetamu anda.
Jika majlis anda berlangsung dalam tempoh yang lama dan masakan itu telah sejuk atau "berlemak", anda sebaikan dan seharusnya memanas kembali masakan tersebut sebelum dihidangkan. Insya Allah jika langkah diatas diamalkan dan segala aspek kebersihan diutamakan, masakan yang anda tempah dari kami akan tahan sekurang-kurangnya 1-2 hari. Kami memasak masakan yang ditempah anda pada awal pagi hari berlangsungnya majlis anda....bukan sehari sebelumnya. 

Jika anda tidak pasti atau familiar dengan langkah diatas, tempahlah pakej lengkap katering dari pihak kami, kami akan menguruskan semuanya bagi pihak anda.



Persiapan Lengkap Untuk Resepsi Perkahwinan

Thursday, 6 July 2017

Tempahan Kambing & Lembu Bagi Aqiqah & Qurban Semasa A'idil Adha 2017

Assalamualaikum,

Tempahan dibuka untuk mendapatkan kambing, lembu bagi tujuan menjalankan ibadah Aqiqah dan Qurban serta perkhidmatan katering sepanjang tempah perayaan A'idil Adha 2017 pada awal September ini. Anda boleh menyemak senarai harga pakej dimuka depan nutrisidaman.blogspot.my pada sebelah kanan untuk perkhimatan memasak masakan berkuah kambing serta sebelah kiri untuk senarai pakej kambing panggang.

Sila hubungi kami bagi mendapat ternakan hidup samada kambing atau lembu bagi tujuan qurban. Tempahan awal digalakan bagi memudahkan kami membuat perancangan dan penyediaan bekalan ternakan yang sihat dan cukup untuk kemudahan anda menunaikan tuntutan ibadah tersebut.

Moga Ibadah Kita Semua Diterima & Dirahmati Allah.



Kambing Boer


Lembu Kacukan KK

Thursday, 18 May 2017

Tempahan Kambing Panggang/Golek, Masakan Kambing dan Katering Bagi Iftar Ramadhan & Rumah Terbuka Syawal 2017

Assalamulaikum,

Tempahan dibuka untuk mendapatkan pakej kambing panggang berempah, masakan berkuah kambing untuk menu-menu yang ditawarkan serta khimat katering untuk majlis Iftar di bulan Ramadhan dan open-house di bulan Syawal yang bakal menjelma tahun ini. Seperti tahun-tahun lalu lazimnya, pihak kami membuka tempahan berdasarkan first-come-first-serve terutamanya bagi tarikh-tarikh favourate sambutan Eidul-Fitr dengan kapasiti 3-5 tempahan sahaja dalam sehari bagi menjaga kualiti perkhimatan dan ketepatan masa.

Tempahlah sekarang !!!!!


Slow-Cook Wood-Fire Roasted Lamb