Friday 25 March 2016

Tempahan Kambing Panggang Sepanjang Ramadhan & Ai'dil Fitri 2016

Assala'mulaikum

Kami telah mula menerima tempahan kambing panggang untuk majlis rumah terbuka Ai'dil Fitri serta Iftar Ramadhan untuk tahun ini. Bagi yang memilih untuk mengadakan majlis pada tarikh favourite eloklah mula membuat tempahan bagi mengelakan tempahan anda ditolak kerana selalunya bagi tahun-tahun yang lepas jadual kami penuh dan padat di sepanjang musim perayaan. Kami boleh menerima 2 atau 3 tempahan sahaja dalam sehari bergantung kepada kuantiti kambing panggang yang dipesan dan jarak lokasi yang perlu dihantar.

Anda juga boleh menimbang untuk memesan mana mana pakej kambing panggang self servive sebagai alternative....iaitu kambing panggang yang telah dipanggang dan dihantar ke venue anda tanpa pekerja yang memotong/mengrille ditempat anda. Anda boleh jimat RM100-RM200 jika memilih mana-mana pakej self service....proses menghiris dan memotong atau grille jika perlu tidak sesukar yang disangka...hampir semua orang boleh melakukanya.

Tempahlah sekarang!  

Mashed Potatoes @ Kentang Putar

Assalamulaikum,

Bagi memenuhi permintaan sebilangan pelanggan yang inginkan kepelbagaian menu sampingan (side dish) kentang putar.....kami ada berita baik untuk anda.

Kini kami boleh menawarkan kepada anda kentang putar dalam senarai menu sampingan, anda boleh memilih untuk menikmati samada garlic bread/roti bawang putih atau kentang putar untuk dimakan bersama dengan kambing panggang yang dipesan. Kami masih mengekalkan menu sampingan sedia ada iaitu coslo dan juga 2 sos. Oleh itu setiap pesanan kambing panggang dari pihak kami akan mendapat:

  • Kambing Panggang
  • 2 Sos
  • Coslo
  • Garlic bread/Roti bawang putih @ Mashed Potatoes/Kentang Putar.


Bagi pelanggan yang inginkan kedua-duanya sekali iaitu garlic bread/roti garlic DAN juga mashed potatoes bersama sebagai hidangan sampingan kambing panggang...charge tambahan yang berpatutan akan dikenakan.

Saturday 27 February 2016

Variasi Terbaru Rempah Kambing Panggang - Tandoori

Assalamua'laikum,

Berkat petunjuk dari Yang Maha Pencipta dan demi para pelanggan kami yang memberi sokongan setia selama ini - Pihak kami telah berjaya mengolah dan mengadun rempah terbaru untuk variasi kambing panggang yang diadaptasi dari rempah tandoori.

Umum mengetahui ayam tandoori yang biasa dimakan bersama roti naan, di masak/panggang bersama di dalam tempayan tanah. Citrasa berasal dari utara India ini enak dimakan bersama dhal dan sos raita. Bagaimana pun untuk kambing panggang...jarang kita temui kerana ia memerlukan pengubahsuaian bahan asas dan cara memanggang.

Berkat daya usaha dan kesabaran, kami berjaya menghasilkan perapan rempah tandoori untuk kambing panggang yang enak memikat, khas untuk anda pelanggan setia kami...keanakan hidangan maharaja utara India dizaman silam.

Kini kami menawarkan variasi 3 citrasa rempah kambing panggang untuk pilihan...rempah original, rempah BBQ dan terbaru rempah Tandoori.

Tempahlah Sekarang...


Monday 15 February 2016

Faedah Harga Diesel Semasa Yang Rendah

Assalamu'alaikum;

Umum mengetahui harga minyak bahan bakar untuk kenderaan sekarang terutamanya minyak diesel berada pada paras yang boleh dikatakan rendah...pada harga yang memudahkan pengguna samada orang perseorangan keseluruhan ataupun peniaga serta industri pengangkutan khasnya.

Faedah dari itu pihak kami ingin memaklumkan yang kos penghantaran percuma akan dilanjutkan ke 40km radius daripada 20km radius sebelumnya. Ini bermakna kos penghantaran untuk destinasi dalam lingkungan 40km radius dari Kepala Batas seperti Seberang Jaya, Bayan Lepas, Georgetown, Kulim, Bukit Mertajam, Juru, Sungai Petani, Balik Pulau, Merbok, Gurun, Kuala Muda serta kawasan-kawasan berdekatan destinasi yang dinyatakan adalah PERCUMA.

Jarak yang selebihnya dari itu akan diberi potongan kos pengangkutan yang sewajarnya dari kos asal. Semakin besar jumlah pesanan anda... kos pengankutan akan menjadi semakin rendah kerana saya akan 'offset' kos pengangkutan dari jumlah pesanan pelanggan.

Diharapkan ini akan memberi manafaat kepada kita semua.


Sunday 3 January 2016

Perayaan Tahun Baru Cina 2016

Selamat Sejahtera

Pesanan dibuka kepada rakan-rakan Tionghoa yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina untuk mendapatkan service kambing panggang dari kami untuk majlis keraian anda.

Masyarakat majmuk di Malaysia saling menghormati dan berkunjung-kunjungan semasa perayaan masing-masing dan menu universal yang dapat dinikmati, diterima dan menarikan perhatian semua golongan tetamu anda sudah semestinya kambing panggang.

Tempahan awal dapat memudahkan pihak kami membuat perancangan dan menyediakan bekalan yang mencukupi sepanjang cuti perayaan anda.

Sunday 1 November 2015

Pesanan & Penghantaran Ke Seluruh Semenanjung Malaysia

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Ingin dihebahkan yang kini kami sedia menerima tempahan dan membuat penghantaran untuk negeri-negeri seluruh Semenanjung Malaysia kepada anda yang berminat mendapatkan dan menikmati kambing panggang istimewa kami yang dipanggang 100% sepenuhnya secara "slow cook"selama sekurang-kurangnya 3-5 jam bergantung kepada berat, saiz dan jenis kambing atau bebiri.

Anda boleh memilih pakej full sevice yang disediakan pekerja dan semua peralatan ditempat anda atau pakej self service yang mana kami memanggang dan menhantar saja tempahan anda ataupun pakej self panggang self service yang paling menjimatkan bagi mereka yang suka aktiviti riadah yang mengujakan. Semua pakej akan disertakan sekali coslo, garlic bread dan 2 sos.

Kos penghantaran yang berpatutan akan dikenakan untuk pesanan anda.

Thursday 15 October 2015

Ibadah Aqiqah & Resepsi Dalam Suasana Persekitaran Ekonomi Yang Mencabar

Assalamulaikum...

Hujung tahun bakal menjelma dan cuti panjang persekolahan bakal tiba...musim dimana kebanyakan majlis-majlis perkahwinan, aqiqah, kesyukuran, nazar, berkhatan dan pelbagai majlis resepsi lain bakal berlangsung.

Namum umum mengetahui yang kita menghadapi persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan mencabar disebabkan pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menpengaruhi kuasa beli dan disposable money majoriti dari kalangan kita. Ia terpaksa kita hadapi dan kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa, usaha dan kreativiti merupakan kunci menghadapi cabaran ini selain dari yang utamanya Iman dan tawakal kepada yang Maha Pencipta.

Bagaimanapun ibadah tetap kita kena laksanakan, suruhan Pencipta tetap kita kena turuti kerana kita tidak tahu bila berakhirnya hayat kita di alam ini disamping kita perlu memenuhi fikrah dan kelangsungan kehidupan kita sebagai umat manusia. Ganjaran yang besar menunggu kita disana.