Sunday, 24 May 2015

Pack 250gm Kambing/Bebiri Perab Sejuk Beku

Pack sejuk beku 250gm kambing/bebiri perab kini berada di pasaran khas untuk kegunaan semasa bulan Ramadhan. Pack ini mengandungi bahagian terpilih carcass kambing/bebiri dan merupakan prime meat.  Anda hanya perlu memasaknya menggunakan  pan diatas dapur gas atau oven dengan suhu 180C selama 20 minit dan  kuantitinya cukup untuk 2 orang makan.

Pack ini juga sesuai untuk kegunaan peniaga pasar Ramadhan dan boleh dijual sekali dengan menu lain seperti roti, sos, coslo ataupun disertakan bersama nasi Arab atau nasi dalca. Anda tidak perlu bimbang berkenaan dengan rasa kerana kesedapannya sudah terbukti disebabkan resipi yang digunakan untuk memerapnya sama seperti resipi kambing panggang kami.