Friday 15 May 2015

Tempahan Untuk Majlis Iftar Ramadhan & Rumah Terbuka AidilFitri

Tempahan dibuka bagi mendapatkan pakej kambing atau rusa panggang berempah serta menu katering untuk majlis iftar Ramadhan dan majlis rumah terbuka Aidil Fitri. Kami hanya mampu menerima 3 tempahan sahaja sehari terutamanya untuk majlis rumah terbuka Aidil Fitri. Tempahan Tuan/Puan diterima berdasarkan first comes first serves. Tempahlah awal bagi mengelakan tempahan anda ditolak dan menyebabkan anda terpaksa mencari tarikh lain.

Selain pakej full service anda juga boleh mempertimbangkan untuk melanggan pakej self service atau self panggang self service untuk kambing/rusa panggang berempah. Aktiviti memanggang, mengrill dan menghiris ini sebenarnya dapat merapatkan ikatan persaudaraan dan kemeriahan bagi kaum keluarga dan sahabat handai yang tinggal berjauhan dan pulang beraya dikampung halaman atau rumah ibu bapa. Selain itu anda juga dapat berjimat kerana harga yang ditawarkan saya amat berpatutan.

Moga niat dan majlis anda beroleh keberkatan dari Yang Maha Pencipta.