Sunday, 3 January 2016

Perayaan Tahun Baru Cina 2016

Selamat Sejahtera

Pesanan dibuka kepada rakan-rakan Tionghoa yang bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina untuk mendapatkan service kambing panggang dari kami untuk majlis keraian anda.

Masyarakat majmuk di Malaysia saling menghormati dan berkunjung-kunjungan semasa perayaan masing-masing dan menu universal yang dapat dinikmati, diterima dan menarikan perhatian semua golongan tetamu anda sudah semestinya kambing panggang.

Tempahan awal dapat memudahkan pihak kami membuat perancangan dan menyediakan bekalan yang mencukupi sepanjang cuti perayaan anda.





Sunday, 1 November 2015

Pesanan & Penghantaran Ke Seluruh Semenanjung Malaysia

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Ingin dihebahkan yang kini kami sedia menerima tempahan dan membuat penghantaran untuk negeri-negeri seluruh Semenanjung Malaysia kepada anda yang berminat mendapatkan dan menikmati kambing panggang istimewa kami yang dipanggang 100% sepenuhnya secara "slow cook"selama sekurang-kurangnya 3-5 jam bergantung kepada berat, saiz dan jenis kambing atau bebiri.

Anda boleh memilih pakej full sevice yang disediakan pekerja dan semua peralatan ditempat anda atau pakej self service yang mana kami memanggang dan menhantar saja tempahan anda ataupun pakej self panggang self service yang paling menjimatkan bagi mereka yang suka aktiviti riadah yang mengujakan. Semua pakej akan disertakan sekali coslo, garlic bread dan 2 sos.

Kos penghantaran yang berpatutan akan dikenakan untuk pesanan anda.





Thursday, 15 October 2015

Ibadah Aqiqah & Resepsi Dalam Suasana Persekitaran Ekonomi Yang Mencabar

Assalamulaikum...

Hujung tahun bakal menjelma dan cuti panjang persekolahan bakal tiba...musim dimana kebanyakan majlis-majlis perkahwinan, aqiqah, kesyukuran, nazar, berkhatan dan pelbagai majlis resepsi lain bakal berlangsung.

Namum umum mengetahui yang kita menghadapi persekitaran ekonomi yang tidak menentu dan mencabar disebabkan pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menpengaruhi kuasa beli dan disposable money majoriti dari kalangan kita. Ia terpaksa kita hadapi dan kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa, usaha dan kreativiti merupakan kunci menghadapi cabaran ini selain dari yang utamanya Iman dan tawakal kepada yang Maha Pencipta.

Bagaimanapun ibadah tetap kita kena laksanakan, suruhan Pencipta tetap kita kena turuti kerana kita tidak tahu bila berakhirnya hayat kita di alam ini disamping kita perlu memenuhi fikrah dan kelangsungan kehidupan kita sebagai umat manusia. Ganjaran yang besar menunggu kita disana.




Monday, 17 August 2015

Qurban & Aqiqah Pada Aidil Adha 2015

Assalamualaikum,

Pelanggan yang dihormati sekelian.

Menjelang Aidil Adha 2015 hujung bulan depan, pihak kami telah menyimpan bekalan kambing yang difikirkan mencukupi untuk kemudahan ibadah qurban dan aqiqah pihak Tuan/Puan.

Berhadapan kesan kejatuhan nilai matawang Ringgit kita, pihak kami sedaya upaya cuba untuk tidak menaikan harga dengan mengurangkan import kambing hidup dari Australia dan memberi tumpuan kepada kambing baka kacukan tempatan terutamanya Boer Cross serta biri-biri tempatan yang mempunyai berat dan saiz carcass yang setara.

Kerjasama dari pihak pelanggan amatlah diharapkan untuk booking awal bagi memudahkan pihak kami menguruskan simpanan dan bekalan kambing hidup dan mengelakan pembelian tergesa gesa pada hari raya Aidil Adha bagi mengurangkan kepadatan slot jadual sembelihan yang memungkinkan anda terpaksa menunggu lebih lama.





Tuesday, 30 June 2015

Kesan Kejatuhan Nilai Ringgit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pelanggan yang dihormati sekelian,

Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada produk-produk berasaskan kambing dari syarikat kami selama ini.

Seperti yang sedia maklum oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sekarang berkenaan nilai matawang Ringgit kita yang jatuh hampir kepada RM3.80 berbanding US Dollar. Kesannya tentulah akan menyebabkan import kita dari negara luar menjadi semakin mahal kosnya. Ini memberi kesan kenaikan harga yang langsung kepada kos kambing yang dimport terutamanya kambing dan bebiri frozen dari New Zealand dan Australia.

Oleh  yang demikian, harga kambing panggang dari Pakej Kenduri (dahulunya Pakej Ekonomi) kami yang menggunakan kambing frozen import telah mengalami kenaikan harga, sila rujuk harga terbaru Pakej Kenduri disisi atas kiri ruangan depan. Walaupun begitu pakej kambing golek berasasksn carcass frozen import kami kekal antara yang termurah dan paling kompetitif dipasaran berserta dengan side dishes garlic bread, coslo dan 2 sos yang ditawarkan.

Bagi para pelanggan yang telah biasa dengan harga lama kami dan masih mahukan harga lama tersebut masih mempunyai pilihan untuk tidak mengambil side dish coslo dan roti garlic. Dengan itu anda akan mendapat kambing panggang dan 2 sos sahaja untuk harga lama tersebut dengan berat carcass masih sama seperti yang ditawarkan sebelum ini iaitu melebihi 20 kg untuk bebiri dan sekitar 16kg-18kg untuk carcass kambing.

Tiada kenaikan harga untuk pakej-pakej kambing panggang yang lain (Pakej Standard, Super dan Maharaja) yang menggunakan kambing atau bebiri hidup yang disembelih oleh pihak kami.

Sunday, 24 May 2015

Pack 250gm Kambing/Bebiri Perab Sejuk Beku

Pack sejuk beku 250gm kambing/bebiri perab kini berada di pasaran khas untuk kegunaan semasa bulan Ramadhan. Pack ini mengandungi bahagian terpilih carcass kambing/bebiri dan merupakan prime meat.  Anda hanya perlu memasaknya menggunakan  pan diatas dapur gas atau oven dengan suhu 180C selama 20 minit dan  kuantitinya cukup untuk 2 orang makan.

Pack ini juga sesuai untuk kegunaan peniaga pasar Ramadhan dan boleh dijual sekali dengan menu lain seperti roti, sos, coslo ataupun disertakan bersama nasi Arab atau nasi dalca. Anda tidak perlu bimbang berkenaan dengan rasa kerana kesedapannya sudah terbukti disebabkan resipi yang digunakan untuk memerapnya sama seperti resipi kambing panggang kami.




Friday, 15 May 2015

Tempahan Untuk Majlis Iftar Ramadhan & Rumah Terbuka AidilFitri

Tempahan dibuka bagi mendapatkan pakej kambing atau rusa panggang berempah serta menu katering untuk majlis iftar Ramadhan dan majlis rumah terbuka Aidil Fitri. Kami hanya mampu menerima 3 tempahan sahaja sehari terutamanya untuk majlis rumah terbuka Aidil Fitri. Tempahan Tuan/Puan diterima berdasarkan first comes first serves. Tempahlah awal bagi mengelakan tempahan anda ditolak dan menyebabkan anda terpaksa mencari tarikh lain.

Selain pakej full service anda juga boleh mempertimbangkan untuk melanggan pakej self service atau self panggang self service untuk kambing/rusa panggang berempah. Aktiviti memanggang, mengrill dan menghiris ini sebenarnya dapat merapatkan ikatan persaudaraan dan kemeriahan bagi kaum keluarga dan sahabat handai yang tinggal berjauhan dan pulang beraya dikampung halaman atau rumah ibu bapa. Selain itu anda juga dapat berjimat kerana harga yang ditawarkan saya amat berpatutan.

Moga niat dan majlis anda beroleh keberkatan dari Yang Maha Pencipta.