Wednesday, 8 February 2017

Mengapa Kambing & Bebiri Perlu Dimport Dari Luar Negara - Bahagian 1

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Banyak pertanyaan yang saya dapati dari pelanggan ataupun masyarakat umum tentang mengapa kambing ataupun bebiri yang kerapkali digunakan samada untuk aqiqah, qurban, kenduri, masakan atau panggang adalah kambing/bebiri luar yang diimport hidup ataupun sejukbeku...sebahagian besarnya dari Australia/New Zealand dan Burma/Thailand.

Mengapakah perlu diimport....Kemanakah kambing/bebiri tempatan pergi,...dimanakah penternak tempatan,...apa sudah jadi dengan kandang-kandang yang dahulu rancak didirikan dikampung-kampung, dikebun-kebun ataupun ditepian ladang-ladang kepala sawit....yang dahulunya berpotensi menjadi industri kecil, industri desa yang berpeluang menjana pendapatan tetap masyarakat luar bandar... ada yang berkira-kira untuk keluar dari garis kemiskinan dengannya, ada yang berangan-angan untuk menjadi kaya-raya dan banyak yang mengidamkan untuk menjadikannya pendapatan tambahan...second income ataupun third income dan sebagainya.

Jawapannya semua itu hampir TIADA sekarang ini...ataupun telah kembali menjadi hobi masyarakat luar bandar mengisi masa lapang, memelihara ternakan tersebut sebagai "duit sejuk" yang boleh dijual setahun 2-3 kali mengikut musim tertentu. Banyak kandang-kandang menunggu masa rebah kebumi dimamah reput dan anai-anai. Banyak kebun-kebun napier telah menjadi semak samun lain.

Mengapakah ini terjadi, apakah puncanya...Tunggu posting saya seterusnya.

Tuesday, 3 January 2017

Tempahan Untuk Cuti Tahun Baru Cina 2017

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Tempahan dibuka untuk mendapatkan kambing panggang dan katering bagi majlis aqiqah, perkahwinan juga majlis resepsi yang lain serta sambutan Tahun Baru Cina dipenghujung bulan ini. Anda pasti ingin mencuba pakej kami yang baru iaitu roast veal carcass atau anak lembu panggang pada harga pengenalan yang istimewa berserta side dishes seperti dinyatakan dibawah.

Pakej kambing panggang untuk harga yang ditawarkan oleh pihak kami tetap kompetitif serta antara yang paling value-added yang terdapat dipasaran. Ini berdasarkan kepada berat carcass, jumlah side dishes serta kualiti dan kebolehharapan untuk perkhimatan yang ditawarkan. Selain itu kami juga sedia menerima tempahan katering berdasarkan menu yang anda inginkan dengan harga yang berpatutan.

Tempahlah sekarang ...!!!




Tuesday, 27 December 2016

Pakej Terbaru: Anak Lembu Panggang - Roast Veal Carcass

Assalamulaikum,


Tahukah anda apakah itu daging "harimau menangis".... bagi yang tahu maknanya dan pernah merasanya keenakannya rasa dan aromanya...sudah pasti akan mencarinya kembali untuk dinikmati disebabkan kelazatan rasanya akan terpahat diingatan.

Ia merupakan daging "batang pinang" lembu muda yang baru disembelih dan dipanggang atau digrille menggunakan arang atau kayu api. Di negeri-negeri sebelah utara tanah air, ia biasa dimakan dengan "air asam" bersama dengan hidangan nasi dan lauk pauk lain. Rasanya yang sama boleh diperolehi jika kita mengunakan carcass anak lembu tenusu atau dipanggil veal dalam bahasa Inggeris. Daging veal ini sinonim denga menu masakan berasal dari negara Perancis atau Itali.

Kini kami ingin menawarkan kepada pelanggan setia kami produk terbaru yang merupakan pakej anak lembu panggang ataupun roast veal carcass. Pakej ini kami tawarkan dengan harga pengenalan dan dengan berat carcass hampir sama seperti pakej kambing panggang saiz standard kami - RM1200 seekor. Ia akan disertakan dengan side dishes yang sama iaitu 2 sos, coslo, garlic bread atau mashed potatoes.

Tempahlah sekarang !!!!


* Pakej ini sesuai untuk majlis resepsi, keraian atau corporate function sahaja dan tidak boleh dibuat ibadah aqiqah.

Tuesday, 1 November 2016

Tempahan Aqiqah Untuk Musim Cuti Sekolah & Hujung Tahun 2016

Assala'mulaikum & Salam Sejahtera,

Tempahan untuk musim cuti sekolah pada bulan November & December ini masih dibuka samada untuk kambing panggang, masakan kambing untuk aqiqah atau menu lain untuk katering. Kami masih mengekalkan harga yang lama...sama seperti yang tercatat pada website untuk tahun ini walaupun hampir semua barang mentah, fuel dan barang keperluan lain mengalami kenaikan harga sekarang. Pesta kenaikan harga juga tidak terkecuali kepada kambing/bebiri dan makanannya yang kebanyakannya diimport disebabkan kelemahan nilai Ringgit.

Tempahlah sekarang....






Monday, 8 August 2016

A'idil Adha 2016

Assalamulaikum,


Tempahan dibuka untuk ibadah korban, aqiqah, nazar dan untuk majlis resepsi lain sepanjang musim A'dil Adha pada tahun ini. Anda boleh memilih mana mana produk atau pakej yang tertera atau sebarang menu lain berdasarkan hajat anda. Kami masih mengekalkan harga yang sama seperti sedia ada walaupun bekalan ternakan hidup serta yang diimport frozen khususnya kambing telah mengalami kenaikan harga sehingga RM2 per kg berbanding sebelum ini. Ini disebabkan sambutan dari masyarakat yang mengalakan untuk produk dan perkhimatan yang ditawarkan membolehkan kami mendapat volume yang mencukupi untuk menyerap kenaikan harga tersebut. 

Faedahnya dapat kita kongsi bersama. Tempahlah sekarang !!!







Friday, 25 March 2016

Tempahan Kambing Panggang Sepanjang Ramadhan & Ai'dil Fitri 2016

Assala'mulaikum

Kami telah mula menerima tempahan kambing panggang untuk majlis rumah terbuka Ai'dil Fitri serta Iftar Ramadhan untuk tahun ini. Bagi yang memilih untuk mengadakan majlis pada tarikh favourite eloklah mula membuat tempahan bagi mengelakan tempahan anda ditolak kerana selalunya bagi tahun-tahun yang lepas jadual kami penuh dan padat di sepanjang musim perayaan. Kami boleh menerima 2 atau 3 tempahan sahaja dalam sehari bergantung kepada kuantiti kambing panggang yang dipesan dan jarak lokasi yang perlu dihantar.

Anda juga boleh menimbang untuk memesan mana mana pakej kambing panggang self servive sebagai alternative....iaitu kambing panggang yang telah dipanggang dan dihantar ke venue anda tanpa pekerja yang memotong/mengrille ditempat anda. Anda boleh jimat RM100-RM200 jika memilih mana-mana pakej self service....proses menghiris dan memotong atau grille jika perlu tidak sesukar yang disangka...hampir semua orang boleh melakukanya.

Tempahlah sekarang!  




Mashed Potatoes @ Kentang Putar

Assalamulaikum,

Bagi memenuhi permintaan sebilangan pelanggan yang inginkan kepelbagaian menu sampingan (side dish) kentang putar.....kami ada berita baik untuk anda.

Kini kami boleh menawarkan kepada anda kentang putar dalam senarai menu sampingan, anda boleh memilih untuk menikmati samada garlic bread/roti bawang putih atau kentang putar untuk dimakan bersama dengan kambing panggang yang dipesan. Kami masih mengekalkan menu sampingan sedia ada iaitu coslo dan juga 2 sos. Oleh itu setiap pesanan kambing panggang dari pihak kami akan mendapat:

  • Kambing Panggang
  • 2 Sos
  • Coslo
  • Garlic bread/Roti bawang putih @ Mashed Potatoes/Kentang Putar.


Bagi pelanggan yang inginkan kedua-duanya sekali iaitu garlic bread/roti garlic DAN juga mashed potatoes bersama sebagai hidangan sampingan kambing panggang...charge tambahan yang berpatutan akan dikenakan.