Monday, 9 February 2015

Pembelian Menggunakan Credit Card Melalui Paypal Secure Services

Kini anda boleh membuat pembelian kambing panggang menggunakan kad kredit melalui Paypal Secure Services. Sila nyatakan alamat lengkap venue majlis bakal diadakan, tarikh dan waktu majlis bermula di dalam check-out form anda (Paypal Secure Website Services). Anda boleh menghubungi pihak syarikat terus untuk sebarang pertanyaan sebelum, semasa atau selepas pembelian on-line dilakukan.

Bagi destinasi anda yang jaraknya melebihi 20 km radius dari Kepala Batas, Pulau Pinang, caj penghantaran dikenakan bermula dari RM30 untuk destinasi tidak melebihi 40 km dan maksima RM250 untuk destinasi destinasi yang lain dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah hingga ke Perlis. Sila hubungi pihak syarikat untuk mengetahui caj penghantaran sebenar ke destinasi pilihan anda. Caj penghantaran boleh dijelaskan semasa tempahan anda tiba.

Wednesday, 28 January 2015

Aqiqah

Aqiqah bermaksud rambut yang berada di kepala bayi yang baru lahir, juga bermaksud pertolongan. Dalam syariat ia bermaksud menyembelih kambing atau bebiri untuk bayi yang baru dilahirkan, manakala kenduri aqiqah merupakan kenduri kesyukuran menyambut kelahiran bayi. Acara tersebut sebaiknya diadakan ketika bayi itu berumur 7 hari dan seterusnya diberikan nama yang elok baginya. Kebanyakan ulamak meletakan aqiqah hukumnya sunat muakkad iaitu menghampiri wajib, dengan aqiqah akan menjadikan anak tersebut dapat memberikan pembelaan atau syafaat kepada orang tuanya pada hari qiamat. Rasullah SAW bersabda:

"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama"
                                                                       (Hadith Riwayat: Ahmad & Tarmidzi)

Diriwayatkan oleh Ummu Karaz Al-Ka'biyah bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang aqiqah. Baginda bersabda "Untuk seorang anak lelaki dua ekor kambing dan untuk seorang anak perempuan seekor, dan tidak ada salahnya kambing jantan atau betina".


Ijmak ulamak menetapkan yang syarat umur haiwan yang dipilih untuk ibadah aqiqah adalah jika unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun dan masuk tahun ke 3. Kambing atau bebiri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi. Manakala kibash berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi. Haiwan yang dipilih juga mestilah tiada sebarang kecacatan dan tidak terlalu kurus. Daging sembelihan aqiqah disunatkan disedekah atau dijamu setelah dimasak.

Aqiqah merupakan satu ibadah yang anda harus menebus nyawa haiwan ternakan tersebut serta menhakmilik penuh sebelum disembelih. Oleh yang demikian anda seharusnya membayar penuh harga kambing aqiqah itu sebelum disembelih untuk menjaga kesempurnaan ibadah aqiqah anda dari sebarang kecacatan. Moga dengan aqiqah ini ibu bapa serta anak tersebut beroleh kebajikan dunia dan akhirat serta dirahmati Allah.




Saturday, 24 January 2015

Sembelihan Kambing/Bebiri: Perkara Yang Patut Anda Tahu

Sila ambil perhatian bahawa berat kambing atau bebiri yang dinyatakan didalam senarai pakej disebelah adalah berat semasa hidup kecuali kambing/bebiri frozen (pakej kenduri). Beratnya akan menyusut sekitar 45% - 50% selepas disembelih, dilapah dan dibuang organ yang tidak dikehendaki. Berikut merupakan contoh perolehan berat bersih kambing/bebiri yang telah disembelih, dilapah, dibersihkan serta dikeluarkan organ yang tidak patut dimakan:

Jika berat hidup kambing/bebiri sekitar 35kg: - Berat bersih sekitar 16kg-18kg.

Jika berat hidup kambing/bebiri sekitar 45kg: - Berat bersih sekitar 21kg-23kg.

Jika berat hidup kambing/bebiri sekitar 80kg: - Berat bersih sekitar 38kg-42kg.

Berat kambing atau bebiri frozen seperti yang dinyatakan didalam senarai pakej merupakan berat carcass bersih. Ia merupakan produk sejuk beku yang kebiasaanya diimport dari Australia atau New Zealand dan TIDAK boleh dibuat ibadah aqiqah disebabkan ianya disembelih terlebih dahulu di negara asalnya sebelum diexport ke Malaysia.




Friday, 9 January 2015

Blogger Contact Form

Terima kasih kepada anda semua bakal pelanggan yang sudi menghubungi saya melalui Blogger Contact Form. Sila pastikan anda meninggalkan email address anda dan nombor telephone untuk dihubungi kembali bagi sebarang pertanyaan. Ini disebabkan Blogger Contact Form bukan sistem email lengkap bagi membolehkan saya membalas terus message anda.

Friday, 2 January 2015

100% Panggang & Grill - Tidak Direbus @ Dikukus

Kambing panggang kami TIDAK direbus atau dikukus terlebih dahulu sebelum dipanggang demi mengekalkan kemanisan dan keenakan rasa daging kambing/bebiri. Selepas diperab sekurang kurangnya semalaman dan dinyah frost, is terus dipanggang secara tradisional menggunakan api dan bara. Kami juga tidak menggunakan oven elektrik sebagai jalan pintas dalam proses memanggang kambing. Oleh itu jangkamasa 3-5 jam diperlukan untuk memanggang kambing bergantung kepada saiz dan berat carcass.

Menjadi amalan kami membawa kambing panggang yang hampir 50% - 70% masak maksimum ke venue pelanggan untuk disambung proses memanggang dan seterusnya digrill. Ini membolehkan kami menawarkan perbagai tahap kemasakan daging kambing panggang tersebut samada fully cooked, 3/4 masak, separuh masak atau medium rare mengikut citrasa anda.

Bagi anda yang inginkan kambing panggang tempahan anda dipangang 100% di venue pilihan anda, harga yang berasingan akan dikenakan untuk menampung kos logistik tambahan dan masa juru panggang yang mahir memanggang dari totally raw/mentah. Bagaimanapun ia tetap juga sangat bergantung kepada kesesuaian waktu majlis anda bermula, selain jarak dan kesesuaian lokasi anda untuk proses memangang. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.






Saturday, 27 September 2014

Pakej Ekonomi & Standard Dinaiktaraf TANPA Kenaikan Harga

Bagi meningkatkan kepuasan kepada para pelanggan kami serta sebagai tanda terima kasih kepada anda yang menyokong kami sepanjang tempoh 2 tahun perkhimatan kambing panggang kami beroperasi, 2 pakej popular (standard & ekonomi) telah dinaiktaraf.

Sehubungan itu berat minima kambing hidup untuk pakej standard dinaikan dari 30kg ke 33kg TANPA sebarang kenaikan harga walaupun untuk kambing aqiqah. Manakala berat maksima carcass bebiri untuk pakej ekonomi dinaikan sehingga 25kg juga dengan TANPA sebarang kenaikan harga.

Oleh itu anda berpeluang menikmati kambing panggang yang lebih besar dengan harga yang paling kompetitif di pasaran. TEMPAHLAH SEKARANG!!!


Tuesday, 10 June 2014

Tempahan Untuk Majlis Berbuka Puasa & Open House Hari Raya


Tempahan dibuka untuk mendapatkan mana-mana pakej kambing panggang atau khidmat katering bagi majlis berbuka puasa dan majlis rumah terbuka hari raya. Kami menawarkan minuman berasaskan Oren percuma untuk setiap tempahan pakej kambing panggang, 27 liter minuman percuma untuk langganan full service pakej standard dan 55 liter minuman percuma untuk langganan full service pakej super dan ekonomi sepanjang musim perayaan ini. Cepat...kami hanya mampu menerima maksima 3 tempahan sahaja sehari.