Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Mengapa kegiatan penternakan kambing & bebiri tempatan menjadi hampir lumpuh....sehinggakan terpaksa bergantung hampir sepenuhnya kepada ternakan luar yang dibawa masuk. Jawapannya ialah kenaikan KOS PENTERNAKAN serta KOS LAIN-LAIN YANG BERKAITAN.
Ini menyebabkan penternak tempatan hampir mustahil mendapat keuntungan dari modal yang dikeluarkan dan juga titik peluh yang dicurahkan. Anda dikira bernasib baik jika mandapat kembali modal pusingan setelah ternakan dijual selepas mengambil kira perbagai faktor dan kos terlibat. Perlu dingat kambing atau bebiri hanya mencapai berat optimum yang boleh disembelih untuk daging setelah beumur setahun. Manakala syarat cukup umur untuk aqiqah serta qurban ialah setahun setengah dan 2 tahun untuk bebiri dan kambing. Cerita yang hampir sama terjadi untuk penternakan kambing tenusu.
Seperti yang disebut dibahagian 1...ia telah kembali menjadi hobi masyarakat luar bandar ataupun ladang/kandang ternakan atau tersebut milik badan berkanun ataupun syarikat berkaitan kerajaan yang modal pusingannya ditanggung dan tujuan penubuhanya bukan untuk komersial.
Nilai import ternakan hidup kita dari Australia dan Thailand/Burma bernilai berbillion ringgit setahun. Ini tidak termasuk lagi produk sejuk beku dari Australia, New Zeland dan India yang juga bernilai berbillion ringgit setahun. Ini menjadikan harga pasaran kambing/bebiri dan produk sejukbeku yang berkaitan dengannya untuk kegunaan tempatan amat berkait rapat dengan turun naik nilai ringgit kita....ya RM yang kita sayangi.