Assalamulaikum & Salam Sejahtera,
Apakah yang terjadi kepada penternak tempatan yang masih tinggal dan bertahan..... jika anda tidak mahu menjadikannya sebahagian hobi atas sebab sebab tertentu seperti modal dan infrastruktur yang besar yang anda telah labur dan bangunkan dan ada pekerja yang berkongsi rezeki berharap untuk sentiasa "cari makan" dengannya....
Anda perlu menjadi trader...mengimport atau membeli dari pengimport lain, membela, mengemuk dan menguruskannya selama beberapa bulan sebelum dijual dengan margin kurang RM100 sekor (anda dikira tidak bernasib baik jika ternakan tersebut jatuh sakit atau mati sebelum dijual) ...itupun setelah mengambil kira upah sembelih/melapah dan pemprosesan sembelihan ternakan tersebut sebelum boleh dimasak. Kerja yang tidak banyak orang kita mahu lakukan.
Sebahagian penternak terpaksa melangkah setapak lagi untuk terus "cari makan"- dengan menjadi katerer/memasuki kegiatan hiliran...yakni memasak/memanggang sembelihan ternakan tersebut beserta menu lain terus kepada pelanggan samada untuk majlis majlis kenduri ataupun jualan runcit....dengan harapan agar beroleh sedikit lagi habuan lepas untuk menbayar gaji kakitangan dan instalment bulanan.
Syukur Alhamdulillah pihak kami tidak menghadapi masalah terlibat dalam kedua dua bidang serentak disebabkan strong heritage.... kami datang dari keluarga yang telah lebih 4 dekad terlibat dalam bidang perkhimatan penyediaan makanan dan juga penternakan. Itulah yang terjadi... Moga pihak kami dan rakan-rakan lain yang terlibat dalam sektor ini sentiasa diberi kekuatan oleh Allah untuk terus menjalankan urusan fardhu kifayah ini kepada masyarakat.