Assalamualaikum,
Saya terpanggil untuk kembali menulis mengenai hasil atau yield dari sembelihan haiwan samada kambing, bebiri, lembu dan kerbau.... Ini sebagai penerangan pertanyaan dan kegusaran sesetengah anggota masyarakat mengenai hasil yang diperolehi selepas haiwan tersebut disembelih dan diproses (dilapah, dikeluarkan organ dalaman dan dibersihkan) untuk dimasak. Saya pernah menulis posting mengenai perkara ini pada 24 Januari 2015 bertajuk:
Kambing Yang Telah Disembelih & Sedia Untuk Dilapah
Selebihnya sekitar 900 gm adalah darah serta bendalir lain yang tidak ditimbang. Jelas seperti dinyatakan dalam posting sebelum ini yang hasil sembelihan binatang ternakan berkaki 4 ialah sekitar 45%-55%. Bagi tujuan memasak hanya daging akan diambil, organ dalaman tidak akan dimasak bersama bagi memanjang tempoh hayat masakan tersebut selain memelihara keenakan rasanya. Anda boleh meminta organ dalaman tersebut untuk dimasak sendiri jika mahu.
Saya terpanggil untuk kembali menulis mengenai hasil atau yield dari sembelihan haiwan samada kambing, bebiri, lembu dan kerbau.... Ini sebagai penerangan pertanyaan dan kegusaran sesetengah anggota masyarakat mengenai hasil yang diperolehi selepas haiwan tersebut disembelih dan diproses (dilapah, dikeluarkan organ dalaman dan dibersihkan) untuk dimasak. Saya pernah menulis posting mengenai perkara ini pada 24 Januari 2015 bertajuk:
Sembelihan Kambing/Bebiri: Perkara Yang Patut Anda Tahu
Saya cuba menerangkan dengan lebih mendalam secara teknikal perkara ini berkenaan dengan hasil atau yield (daging) dari sembelihan, komposisi carcass, kulit serta bulu dan komponen lain (offal - organ dalaman) seekor kambing. Contoh data diambil dari sekumpulan kambing dengan umur maksimum 4 tahun dan purata umur 2.5 tahun dengan berat dari 27kg hingga 45kg. Berat hidup kambing contoh yang diambil ialah 30kg. Kambing disembelih pada awal pagi...bermakna semalaman ia tidak makan. Jadual berikut merupakan paparan komposisi hasil dari seekor kambing:
Komponen Berat (kg) % Dari Berat Hidup
Daging/Badan (Carcass) 13.4 44.6
Lemak 1.90 6.3
Kulit 2.15 7.1
Kepala 2.10 7.0
Kaki 0.60 2.0
Hati 0.44 1.4
Paru-paru 0.38 1.2
Jantung 0.15 0.5
Rumen/Reticulum 0.63 2.1
Usus 1.25 4.2
Perut 4.10 13.5
Lemak Perut (Omental) 0.64 2.1
Lemak Mesenteric 0.59 1.9
Lemak Peri-renal 0.28 0.9
Buah Pinggang 0.09 0.3
Pancreas 0.05 0.2
Limpa 0.06 0.2
Gall Baldder 0.03 0.1
Diaphragm 0.11 0.4
Pizzle & Bladder 0.15 0.5
Lain lain 0.10 0.3
Total 29.2 97.1
Kambing Yang Telah Disembelih & Sedia Untuk Dilapah
Ternyata jika dibandingkan secara literal dengan daging kambing frozen, anda telah rugi separuh dari berat hidup kambing tersebut....itu pasti. Tetapi ingatlah bahawa aqiqah/kurban/lepas nazar anda harus membeli kambing hidup untuk disembelih....anda membeli nyawa kambing tersebut sebelum disembelih. Kambing tersebut mesti cukup umur, tidak cacat atau kurus dan sihat sebelum disembelih untuk ibadah aqiqah/kurban...dengan kata lain haiwan tersebut mestilah dalam keadaan terbaik. Maka harganya tidaklah boleh dibandingkan dengan harga daging kambing frozen walaupun semurah mana sekalipun kerana ia tidak boleh dijadikan sebagai sembelihan ibadah aqiqah/kurban.
Biarlah kerugian anda tersebut dibalas dengan ganjaran pahala dari Allah yang kita tidak tahu atau dapat mengukurnya dengan mengerjakan ibadah yang disyariatkannya dengan taat. Tepuklah dada dan tanyalah iman serta kebijaksanaan akal fikiran anda.....