Tuesday, 14 February 2017

Hikmah Melakukan Ibadah Aqiqah

Assalamulaikum,

Disini saya ingin memberikan serba sedikit hikmat melakukan ibadah aqiqah sebagaimana digariskan oleh Syaikh Abdullah Nashih Ulwan dalam kitab Tarbiyatul Aulad Fil Islam sebagai panduan dan peringatan sesama kita.


  • Menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam meneladani Nabi Ibrahim AS tatkala Allah SWT menebus putra Ibrahim yang tercinta Ismail AS.
  • Aqiqah ini mengandung unsur perlindungan dari syaitan yang dapat mengganggu anak yang terlahir itu, dan ini sesuai dengan makna hadits, yang ertinya: “Setiap anak itu tergadai dengan aqiqahnya.” [3]. Sehingga Anak yang telah ditunaikan aqiqahnya insya Allah lebih terlindung dari gangguan syaithan yang sering mengganggu anak-anak. Hal inilah yang dimaksud oleh Al Imam Ibunu Al Qayyim Al Jauziyah “bahwa lepasnya dia dari syaitan tergadai oleh aqiqahnya”.
  • Aqiqah merupakan tebusan hutang anak untuk memberikan syafaat bagi kedua orang tuanya kelak pada hari perhitungan. Sebagaimana Imam Ahmad mengatakan: “Dia tergadai dari memberikan Syafaat bagi kedua orang tuanya (dengan aqiqahnya)”.
  • Merupakan bentuk taqarrub (pendekatan diri) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sekaligus sebagai wujud rasa syukur atas kurnian yang dianugerahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan lahirnya anak tersebut.
  •  Aqiqah sebagai bukti menampakkan rasa gembira dalam melaksanakan syari’at Islam & bertambahnya keturunan mukmin yang akan memperbanyak umat Rasulullah SAW pada hari kiamat.
  • Aqiqah memperkuat ukhuwah serta talian persaudaraan sesama keluarga, sahabat handai serta kelompok masyarakat.


Masih banyak lagi hikmah secara umum yang terkandung dalam pelaksanaan syariat aqiqah kepada anda, anak dan keluarga anda serta masyarakat setempat. Pelajari dan dalamilah adab, ilmu dan pengetahuan agama yang bersangkutan dengan syariat aqiqah supaya ibadah anda sempurna, tidak ada kecacatan serta yang paling utama mendapat ganjaran dan kerahmatan yang sebaiknya dari Allah Tuhan Pencipta Alam. Janganlah menjadikan aqiqah hanyalah sekadar sebahagian dari sambutan parti harijadi ataupun 'house warming' semata-mata.



Kambing Baka Boer

Petikan diatas sebahagiannya dari media-islam (media-islam.or.id) yang bersumber rujukan dari: 

Subulussalam (4/189, 4/190, 4/194)
- Al Asilah Wal Ajwibah Al Fiqhiyyah (3/33-35, 3/39-40
- Mukhtashar Al Fiqhil Islamiyy 600
- Tuhfatul Wadud Fi Ahkamil Maulud, Ibnu Al Qayyim 46-47
- Al Muntaqaa 5/195-196
- Mulakhkhash Al Fiqhil Islamiy 1/318
- Fatawa Islamiyyah 2/324-327; Irwaul Ghalil (4/389, 4/405)
- Minhajul Muslim, Abu Bakar Al Jazairiy 437


Wednesday, 8 February 2017

Mengapa Kambing & Bebiri Perlu Dimport Dari Luar Negara - Bahagian 3

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Apakah yang terjadi kepada penternak tempatan yang masih tinggal dan bertahan..... jika anda tidak mahu menjadikannya sebahagian hobi atas sebab sebab tertentu seperti modal dan infrastruktur yang besar yang anda telah labur dan bangunkan dan ada pekerja yang berkongsi rezeki berharap untuk sentiasa "cari makan" dengannya....

Anda perlu menjadi trader...mengimport atau membeli dari pengimport lain, membela, mengemuk dan menguruskannya selama beberapa bulan sebelum dijual dengan margin kurang RM100 sekor (anda dikira tidak bernasib baik jika ternakan tersebut jatuh sakit atau mati sebelum dijual) ...itupun setelah mengambil kira upah sembelih/melapah dan pemprosesan sembelihan ternakan tersebut sebelum boleh dimasak. Kerja yang tidak banyak orang kita mahu lakukan.

Sebahagian penternak terpaksa melangkah setapak lagi untuk terus "cari makan"- dengan menjadi katerer/memasuki kegiatan hiliran...yakni memasak/memanggang sembelihan ternakan tersebut beserta menu lain terus kepada pelanggan samada untuk majlis majlis kenduri ataupun jualan runcit....dengan harapan agar beroleh sedikit lagi habuan lepas untuk menbayar gaji kakitangan dan instalment bulanan.

Syukur Alhamdulillah pihak kami tidak menghadapi masalah terlibat dalam kedua dua bidang serentak disebabkan strong heritage.... kami datang dari keluarga yang telah lebih 4 dekad terlibat dalam bidang perkhimatan penyediaan makanan dan juga penternakan. Itulah yang terjadi... Moga pihak kami dan rakan-rakan lain yang terlibat dalam sektor ini sentiasa diberi kekuatan oleh Allah untuk terus menjalankan urusan fardhu kifayah ini kepada masyarakat. 

Mengapa Kambing & Bebiri Perlu Dimport Dari Luar Negara - Bahagian 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mengapa kegiatan penternakan kambing & bebiri tempatan menjadi hampir lumpuh....sehinggakan terpaksa bergantung hampir sepenuhnya kepada ternakan luar yang dibawa masuk. Jawapannya ialah kenaikan KOS PENTERNAKAN serta KOS LAIN-LAIN YANG BERKAITAN.

Ini menyebabkan penternak tempatan hampir mustahil mendapat keuntungan dari modal yang dikeluarkan dan juga titik peluh yang dicurahkan. Anda dikira bernasib baik jika mandapat kembali modal pusingan setelah ternakan dijual selepas mengambil kira perbagai faktor dan kos terlibat. Perlu dingat kambing atau bebiri hanya mencapai berat optimum yang boleh disembelih untuk daging setelah beumur setahun. Manakala syarat cukup umur untuk aqiqah serta qurban ialah setahun setengah dan 2 tahun untuk bebiri dan kambing. Cerita yang hampir sama terjadi untuk penternakan kambing tenusu.

Seperti yang disebut dibahagian 1...ia telah kembali menjadi hobi masyarakat luar bandar ataupun ladang/kandang ternakan atau tersebut milik badan berkanun ataupun syarikat berkaitan kerajaan yang modal pusingannya ditanggung dan tujuan penubuhanya bukan untuk komersial.

Nilai import ternakan hidup kita dari Australia dan Thailand/Burma bernilai berbillion ringgit setahun. Ini tidak termasuk lagi produk sejuk beku dari Australia, New Zeland dan India yang juga bernilai berbillion ringgit setahun. Ini menjadikan harga pasaran kambing/bebiri dan produk sejukbeku yang berkaitan dengannya untuk kegunaan tempatan amat berkait rapat dengan turun naik nilai ringgit kita....ya RM yang kita sayangi.

 

Mengapa Kambing & Bebiri Perlu Dimport Dari Luar Negara - Bahagian 1

Assalamulaikum & Salam Sejahtera,

Banyak pertanyaan yang saya dapati dari pelanggan ataupun masyarakat umum tentang mengapa kambing ataupun bebiri yang kerapkali digunakan samada untuk aqiqah, qurban, kenduri, masakan atau panggang adalah kambing/bebiri luar yang diimport hidup ataupun sejukbeku...sebahagian besarnya dari Australia/New Zealand dan Burma/Thailand.

Mengapakah perlu diimport....Kemanakah kambing/bebiri tempatan pergi,...dimanakah penternak tempatan,...apa sudah jadi dengan kandang-kandang yang dahulu rancak didirikan dikampung-kampung, dikebun-kebun ataupun ditepian ladang-ladang kepala sawit....yang dahulunya berpotensi menjadi industri kecil, industri desa yang berpeluang menjana pendapatan tetap masyarakat luar bandar... ada yang berkira-kira untuk keluar dari garis kemiskinan dengannya, ada yang berangan-angan untuk menjadi kaya-raya dan banyak yang mengidamkan untuk menjadikannya pendapatan tambahan...second income ataupun third income dan sebagainya.

Jawapannya semua itu hampir TIADA sekarang ini...ataupun telah kembali menjadi hobi masyarakat luar bandar mengisi masa lapang, memelihara ternakan tersebut sebagai "duit sejuk" yang boleh dijual setahun 2-3 kali mengikut musim tertentu. Banyak kandang-kandang menunggu masa rebah kebumi dimamah reput dan anai-anai. Banyak kebun-kebun napier telah menjadi semak samun lain.

Mengapakah ini terjadi, apakah puncanya...Tunggu posting saya seterusnya.

Tuesday, 3 January 2017

Tempahan Untuk Cuti Tahun Baru Cina 2017

Assalamulaikum & Salam Sejahtera

Tempahan dibuka untuk mendapatkan kambing panggang dan katering bagi majlis aqiqah, perkahwinan juga majlis resepsi yang lain serta sambutan Tahun Baru Cina dipenghujung bulan ini. Anda pasti ingin mencuba pakej kami yang baru iaitu roast veal carcass atau anak lembu panggang pada harga pengenalan yang istimewa berserta side dishes seperti dinyatakan dibawah.

Pakej kambing panggang untuk harga yang ditawarkan oleh pihak kami tetap kompetitif serta antara yang paling value-added yang terdapat dipasaran. Ini berdasarkan kepada berat carcass, jumlah side dishes serta kualiti dan kebolehharapan untuk perkhimatan yang ditawarkan. Selain itu kami juga sedia menerima tempahan katering berdasarkan menu yang anda inginkan dengan harga yang berpatutan.

Tempahlah sekarang ...!!!




Tuesday, 27 December 2016

Pakej Terbaru: Anak Lembu Panggang - Roast Veal Carcass

Assalamulaikum,


Tahukah anda apakah itu daging "harimau menangis".... bagi yang tahu maknanya dan pernah merasanya keenakannya rasa dan aromanya...sudah pasti akan mencarinya kembali untuk dinikmati disebabkan kelazatan rasanya akan terpahat diingatan.

Ia merupakan daging "batang pinang" lembu muda yang baru disembelih dan dipanggang atau digrille menggunakan arang atau kayu api. Di negeri-negeri sebelah utara tanah air, ia biasa dimakan dengan "air asam" bersama dengan hidangan nasi dan lauk pauk lain. Rasanya yang sama boleh diperolehi jika kita mengunakan carcass anak lembu tenusu atau dipanggil veal dalam bahasa Inggeris. Daging veal ini sinonim denga menu masakan berasal dari negara Perancis atau Itali.

Kini kami ingin menawarkan kepada pelanggan setia kami produk terbaru yang merupakan pakej anak lembu panggang ataupun roast veal carcass. Pakej ini kami tawarkan dengan harga pengenalan dan dengan berat carcass hampir sama seperti pakej kambing panggang saiz standard kami - RM1200 seekor. Ia akan disertakan dengan side dishes yang sama iaitu 2 sos, coslo, garlic bread atau mashed potatoes.

Tempahlah sekarang !!!!


* Pakej ini sesuai untuk majlis resepsi, keraian atau corporate function sahaja dan tidak boleh dibuat ibadah aqiqah.

Tuesday, 1 November 2016

Tempahan Aqiqah Untuk Musim Cuti Sekolah & Hujung Tahun 2016

Assala'mulaikum & Salam Sejahtera,

Tempahan untuk musim cuti sekolah pada bulan November & December ini masih dibuka samada untuk kambing panggang, masakan kambing untuk aqiqah atau menu lain untuk katering. Kami masih mengekalkan harga yang lama...sama seperti yang tercatat pada website untuk tahun ini walaupun hampir semua barang mentah, fuel dan barang keperluan lain mengalami kenaikan harga sekarang. Pesta kenaikan harga juga tidak terkecuali kepada kambing/bebiri dan makanannya yang kebanyakannya diimport disebabkan kelemahan nilai Ringgit.

Tempahlah sekarang....